ibis pjcc

Ibis PJCC Petaling Jaya : Hotel Best Ada Pool, 161 Bilik Harga Ekonomi

Hotel Ibis PJCC Petaling Jaya baru saja dilancarkan kepada umum pada 24 November 2023. Ibis hotel yang 15 minit ke Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon ini menawarkan percutian staycation harga mampu milik kepada pengunjung.

Mak ayah yang nak bawa anak kecil Staycation di sekitar Petaling Jaya, boleh memikirkan idea penginapan di Ibis Hotel ini. Tentunya hotel yang ada kolam renang menjadi pilihan anak-anak. Tersedia juga kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Menariknya, di hotel yang mempunyai 161 buah bilik kontemporari ini dilengkapi dengan tilam Sweet Beds™ by ibis. Ketahui apa yang menariknya disediakan di hotel Ibis PJCC ini. 

Review Hotel Ibis PJCC Petaling Jaya

Sebaik melangkah masuk ke ruang lobi, anda akan tertawan dengan siling hotel yang tinggi, disinari cahaya semulajadi dari luar. Mencipta suasana damai persekitaran dan atmosfera yang menenangkan. 

Ruang lobinya juga dilengkapi dengan Lobby Bar Cafe untuk pengunjung merehatkan minda di kala berdepan kesibukan hari yang panjang.

Hiasan dalaman yang moden dan selesa, dilengkapi dengan perabot trendy yang mencipta suasana damai di hati. Lokasinya boleh juga jadi tempat lepak best Petaling Jaya.

Ibis hotel juga menawarkan live music menerusi program ibis MUSIC kepada para tetamu. Lagu-lagu menenangkan perasaan akan dimainkan sesuai dengan persembahan eksklusif menepati citarasa pengunjungnya. 

Lokasi Strategik Hotel Ibis PJCC Petaling Jaya

Alamat Hotel Ibis : 1, Jalan PJS 5/29, Taman Desaria, 46150, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Hotel Ibis PJCC yang baru dibuka ini terletak di kawasan tumpuan pusat komersial, penempatan penduduk malah pusat rekreasi. Ianya juga satu kawasan strategik pembangunan iaitu di Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC). 

Hotel ini antara lokasi penginapan terbaik untuk anda yang mahu membawa anak-anak bercuti. Sewaktu menginap di sini, tetamu juga mudah untuk mengunjungi destinasi membeli belah terkemuka Sunway Pyramid dan kota keriangan Sunway Lagoon. Sekitar 15 minit perjalanan ke sana.

Malah mudah untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur memandangkan laluannya yang dekat dengan Jalan Klang Lama. Berdekatan juga dengan lokasi bersejarah iaitu Pusat Galeri Kuala Lumpur, Rumah Penghulu Abu Seman dan Istana Negara.

Baca juga : 5 hotel temerloh murah puas hati bermalam

ibis pjcc

Hotel di Petaling Jaya : Fasiliti Hotel Ibis PJCC Perlu Anda Ketahui

Signatur Tilam Sweet Beds™ by ibis Dengan Bilik Harga Ekonomi

Di hotel ini menawarkan 161 bilik kontemporari yang selesa, moden estetik malah menepati kehendak pengunjungnya. Terutama yang mahu menikmati tidur malam yang lena. 

Setiap biliknya dilengkapi dengan Sweet Beds™ by ibis. Iaitu tilam signatur hanya di hotel Ibis. Ada juga Smart TV, penggunaan Wi-Fi dan minibar.

Pengunjung bukan saja boleh menikmati tidur malam yang lena. Malah, harga penginapan untuk satu malam di hotel ini masih dikategorikan harga ekonomi mampu milik. Tawaran untuk satu malam bermula RM150 termasuk sarapan pagi.

Ibis PJCC : Hotel Ada Kolam Di Selangor

Manakala kemudahan hotel yang lain meliputi gym, kolam renang yang membolehkan anda menikmati pemandangan bandar Petaling Jaya daripada udara. Malah, ada juga ruang bermain yang selesa untuk anak-anak. Berdekatan dengan kolam renang. 

Boleh dikatakan ini antara hotel yang mesra dengan kanak-kanak di Petaling Jaya. Orang Kuala Lumpur yang berhajat atau sedang mencari hotel di Petaling Jaya, boleh masukkan hotel Ibis PJ ini dalam senarai anda.

Jadi, mak-mak yang sedang mencari hotel penginapan beserta kolam renang di Selangor, boleh masukkan hotel Ibis dalam senarai wishlist kalian.

ibis pjcc

Restoran Ibis Kitchen Dengan Menu Tempatan Dan International Yang Sedap 

Satu lagi keistimewaan yang ada di hotel Ibis ini adalah Ibis Kitchen yang menawarkan menu makanan tempatan dan antarabangsa yang memenuhi citarasa pengunjungnya.

Memang kalau dah lepak makan di restoran ini, terutama dengan kawan-kawan jadi susah nak bangun tau. Sebab suasana restoran selesa, membolehkan anda melihat pemandangan luar. Tak sedar dengan waktu yang berjalan dalam pada duduk makan sambil berborak. Gitu gambarannya.

Hotel dengan restoran all-day dining ini menawarkan juga makanan untuk sepanjang hari. Dari waktu sarapan, kopi-kopi, makan tengahari sampailah ke makan malam.

Boleh tengok gambar makan-makan yang saya share dalam perjalanan pengalaman sehari berada di Ibis hotel ini. 

Baca juga : 5 hotel romantis di Kuala Lumpur yang best

Bilik Mesyuarat Pilihan di ibis Hotel PJCC

Di hotel Ibis PJCC ini juga menyediakan empat bilik mesyuarat yang versatil. Membolehkan tetamu menyediakan acara korporat dan private function sehingga memenuhi keperluan 70 orang.

ibis pjcc

Program Kesetiaan Pengunjung

Haa.. ini satu lagi yang menarik ada di Ibis hotel. Setiap tetamu yang mengindap di ibis PJCC petaling Jaya ini berpeluang untuk menyertai Accor’s lifestyle loyalty program, ALL-Accor Live Limitness. Iaitu program kesetiaan pengunjung.

Yang mana, pengunjung boleh memperoleh 4x mata ganjaran untuk tempoh masa tertentu. Ganjaran ini hanya boleh diperoleh jika anda membuat tempahan bermula dari sekarang sehingga 17 Disember 2023. Dan penempatan ini hanya sah sehingga 28 Januari 2024.

Anda boleh sertai ALL-Accor Live Limitless ini secara percuma. Malah ditawarkan juga pengalaman tidak ternilai, termasuklah insentif pada tetamu berdedikasi. Malah, membolehkan tetamu merasai kehidupan dan menikmati dunia penuh eksklusif daripada lebih 40 jenama hotel. 

Accor juga begitu komitmen dalam meminimumkan jejak karbon. Menerusi Ibis PJCC Petaling Jaya inilah premis ini menerapkan polisi penggunaan tanpa plastik. 

Hotel Ibis Mesra OKU

Daripada 161 bilik hotel yang ditawarkan, ibis juga menyediakan bilik kontemporari yang mesra Golongan Kurang Upaya (OKU). Pada ruang bilik air, tersedia kemudahan untuk warga OKU ini. 

Jadi, anda boleh membuat tempahan dan bertanyakan tentang bilik mesra OKU ini. Tentunya harga amat ekonomi di bawah RM200 untuk satu malam termasuk bersarapan.

Mudahlah nanti untuk ahli keluarga yang sedang mencari-cari hotel dengan kemudahan mesra OKU.

ibis pjcc

Majlis Pelancaran Ibis Hotel di Petaling Jaya

Sewaktu majlis pelancarannya baru-baru ini, Ibis hotel menjemput beberapa tetamu VIP untuk memeriahkan acara. Antaranya, Garth Simmons, Chief Executive Officer of Accor’s Premium, Midscale and Economy Division Asia, Azrul Shah Mohamad, the Chief Executive Officer of Tourism Selangor dan Suresh Nair, General Manager of ibis PJCC Petaling Jaya.

“Ibis PJCC yang dilengkapi 161 bilik di Petaling Jaya Commercial Centre ini berupaya menjadi tumpuan perniagaan dan staycation kepada pengunjung. Lokasinya di tengah bandar, seiring dengan trend digital dan kehendak genarasi muda,” Kata En Azrul Shah Mohamad.

Tambahnya lagi, Selangor mempunyai banyak lokasi percutian menarik untuk dikunjungi. Misalnya Sekinchan begitu membangun dengan destinasi pelancongan yang mampu menarik minat golongan muda untuk ke sana.

Menurut Garth Simmons, “ibis telah menjadi jenama perintis. Dikenali dengan sifat inklusif dan menarik. Kami berharap jenama ibis PJGC Petaling Jaya menjadi signifikan melengkapi kehendak pelancong luar mahupun tempatan. Seiring dengan reka bentuk modennya, communal space yang meriah, penginapan yang menarik dan pilihan tempat makan yang pelbagai. 

Selain di Petaling Jaya, ibis Hotel juga terletak di ibis Kuala Lumpur City Centre dan ibis Styles Kuala Lumpur Sri Damansara

Hotel PJCC Taman Medan

Satu lagi yang menarik mengenai ibis hotel Petaling Jaya ini, lokasinya dekat sungguh dengan rumah kakak ipar saya yang terletak di Taman Medan.

Jadi, kalaulah saya mahu berkunjung ke rumah kakak atau abang ipar, bolehlah ambil peluang bawa anak-anak menginap situ. Mudahlah nanti en Yem dan anak-anak saya ini.

#ibispjcc #ibisWeAreOpen @Ibispjccpetalingjaya #DiscoveribisPJCCPetalingJaya

Read Mode

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!