Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya akan disambut pada 31 Ogos nanti. Ini senarai lagi sepuluh lokasi perarakan dan sambutan hari Merdeka 2023 ke-66 di seluruh negeri.
Memandangkan cuti umum, bolehlah bawa anak-anak ke lokasi perbarisan yang ada dalam senarai negeri masing-masing yang dikongsikan ini. Bolehlah pilih mana yang dekat dengan kediaman anda.
Tema sambutan Kemerdekaan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Impian dipilih untuk tahun ini.
Senarai 11 Lokasi Perarakan Merdeka 2023 Dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023
Lokasi sambutan hari kemerdekaan kali ini dibahagikan kepada lima zon.
- Zon 1 – bermula dari hadapan bangunan Galleria hingga Bulatan Gemilang
- Zon 2 – di Dataran Putrajaya menempatkan Petak Diraja, pentas persembahan utama dan skrin LED yang besar.
- Zon 3 – di tapak Anjung Flora, Presint 4 menempatkan aset-aset ketenteraan.
- Zon 4 – kawasan parkis berhampiran restoran makanan segera McDonalds menempatkan 58 ekor kuda dan meriam Angkatan Tentera (ATM)
- Son 5 – lokasi perarakan iaitu sepanjang Persiaran Perdana dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk bertingkat untuk 4000 orang, khemah bantuan pasukan perubatan dan skrin di 6 lokasi.
Lokasi Hari Kebangsan 2023 Di Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Dataran Putrajaya
- Waktu : 7 pagi
- Putrajaya pernah menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019.
Lokasi Perarakan Merdeka Sabah
- Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah
- Waktu : 7 pagi
- YTY Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
- Yang di-Pertua Negeri Sabah
Melaka
- Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Melaka
- Waktu : 7.30 pagi
- TYT Tun Seri Setia (Dr) Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam
Lokasi Perarakan Hari Kebangsaan Pahang
- Padang MBK 4 Kuantan, Pahang
- Waktu : 7.30 pagi
- KDYMM Pemangku Raja Pahang
Sarawak
- Dewan Politeknik Mukah, Sarawak
- Waktu : 10.30 pagi
- YTY Pemangku Yang Di-Pertua Negeri Sarawak
- Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Bin Awang Nassar
Lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan 2023 Johor
- Jalan Johor Bahru-Air Hitam (J1) Simpang Renggam, Kluang, Johor Darul Takzim
- Waktu : 7 pagi
- YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor
Perak
- Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh
- Waktu : 7 pagi
- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Terengganu
- Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
- Waktu : 8 pagi
- YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu
Negeri Sembilan
- Majlis Bandaraya, Seremban
- Waktu : 7.30 pagi
- DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pulau Pinang
- Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
- Waktu : 7.45 pagi
- Tuan Yang Terutama Tun Daro’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Kedah
- Dataran Medan Bandar, Alor Setar
- Waktu : 7.30 pagi
- KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah
Baca juga : Merdeka 2023 : Mais edar 3,013 Jalur Gemilang, Semarak Semangat Patriotik
Tip Pergi Ke Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2023
Bagi anda yang bercadang mahu melihat perarakan merdeka, bolehlah ambil beberapa tip yang dikongsikan ini. Agar perjalanan anda melihat perarakan Hari Kebangsaan akan lebih aman dan tenteram.
- Bergerak seawal pagi supaya tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Lebih-lebih lagi mudahkan anda mencari parking kenderaan.
- Bawa payung atau pakailah topi. Berkemungkinan cuaca panas dan dapatlah berteduh di bawah lindungan payung.
- Pastikan bawa botol air secukupnya. Terutama bila anda bawa anak kecil. Bawalah juga bekalan snek untuk mereka nikmati ketika lihat perarakan.
- Pastikan handphone anda sudah dicas penuh. Bawalah juga powerbank, supaya boleh digunapakai ketika bateri telefon sudah tak mahu beri kerjasama lagi.
- Sentiasa perhatikan anak-anak. Sebab tentu orang ramai kan, jangan leka ya mak ayah. Anak-anak biarlah sentiasa dekat dengan anda.
Cuti hari Merdeka ini best jugak kan kalau dapat masak resepi tauhu bergedil dengan famili.
Hari Kebangsaan Malaysia, Hari Merdeka 2023
Untuk pengetahuan, Hari Kemerdekaan Malaysia juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan. Yang mana, acara ini disambut di seluruh negara setiap 31 Ogos pada setiap tahun.
Biasanya melibatkan perarakan berwarna-warni, persembahan nyanyian, pertandingan, malah pertunjukan bunga api. Lokasi perarakan ada yang diadakan di Dataran Merdeka mahupun di Putrajaya. Ada juga di adakan di lokasi dekat 14 negeri masing-masing.
Bagi Kemerdekaan tahun 2023 ini, lokasi perarakannya diadakan di Putrajaya.