cara-mengecilkan-gambar

Cara Mengecilkan Gambar Di Web, Loading Pun Cepat

Cara mengecilkan gambar di web I Sebelum tahu cara kecilkan saiz gambar online untuk diupload ke dalam website, memang saya muat turun saja gambar original. Biarpun saiz gambar waktu itu, lebih 1MB.

Rupanya tindakan saya itu boleh menyebabkan loading web menjadi perlahan. Malah, akan ‘memakan space’ di website saya ini.

Bila saya baca, sepatutnya gambar perlu dikecilkan atau compress. Ada yang cadangkan guna Photoshop. Malah, cara kecilkan saiz gambar begini lebih berkesan kecilnya. Sayangnya, saya memang ditakdirkan tak pandai guna perisian itu. Puaslah cuba.

Tak juga berjayanya.

Jika file gambar jenis png perlu ditukar kepada jpeg atau webP.

Tapi setakat ini saya tak pernah lagi guna webP.

Ada yang kata, webP lagi bagus sebab failnya lebih kecil. Nanti lagi lajulah web kalian. Sebab saya pun tak faham sangat, maka saya guna jenis basic saja.

Cara Mengecilkan Gambar Guna ImageOptim

ImageOptim ini perisian percuma yang kita boleh download. Nanti bolehlah gambar dikecilkan dengan menggunakannya di komputer anda.

Bagusnya boleh hilangkan data atau kod-kod gambar yang tak diperlukan. Bermakna, makin ringanlah file gambar itu nanti.

Ini link untuk download tu : https://imageoptim.com/mac

Cara Kecilkan Saiz Gambar Guna Tinyjpg , Compressor IO

Sebelum ini saya kecilkan gambar guna tinyjpg, kekadang tinypng. Ikutlah mana-mana pun boleh. Cuma bila saya dah jumpa compressor io ini saya perasan peratusan mengecil tu, lebih tinggi.

Ini link untuk compressor io : https://compressor.io/

Untuk setiap penggunaan, anda boleh download hingga 10MB. Selepas daripada itu, dia akan reject. Kalau nak kecilkan lagi, saya akan tutup web dan buka semula. Hahaha.. ni cara oldskool.

Mungkin anda ada cara lebih baik.

Jangan risau, gambar yang dikecilkan ini takkan terganggu resolusinya. Tidaklah nanti gambar itu ‘pecah’.

Baca : Cara menulis artikel SEO di wordpress untuk beginner

cara-mengecilkan-gambar-di-web
Guna compressor io ini lebih tinggi peratusan gambar dikecilkan.

Cara Mengecilkan Saiz Gambar Di Compressor io

  • Biasanya layout gambar, saya buat di Canva.
  • Sebaik siap dan download dalam file jpeg.
  • Buka compressor io, klik select files. Pilihlah gambar mana nak kecilkan tu dan upload.
  • Biarkan perisian ini kecilkan gambar anda, dan klik download.
  • Gambar sedia untuk diguna di PC, laptop masing-masing.

Untuk website ini, biasanya saya akan usahakan gambar bawah 50kb. Kalau dapat bawah 10kb lagilah bagusnya.

Bagi saya ini website paling tip top untuk aplikasikan cara kecilkan saiz gambar dengan mudah.

Jangan lupa rename gambar itu ikut alt-text yang menepati SEO. Untung-untung gambar anda akan tersenarai di page pertama image Google.

Ingat! Bila gambar online di web bersaiz kecil, loading website jadi laju.

Baca : Lulus google adsense, lepas 4 bulan ada website

Padatkan Image Dengan Plugin Smush

Sebab saya menggunakan worpress, sesekali saya download juga plugin Smush – Lazy Load, Optimize & Compress Images.

Plugin ini akan memadatkan fail gambar dalam web saya.

Tapi, ada juga yang saya terbaca tak bagus jika buat cara ini, sebab ia akan menggandakan file image dalam website. (Ini saya tak pasti sangat sebenarnya) Jadi untuk selamat saya cuma buat sebulan sekali saja. Kadang lebih.. ikut mood sebenarnya.

Baca : Pendekkan link URL yang panjang guna zass.to

Memandangkan saya pun dah mengecilkan ukuran file foto dan gambar jpeg sebelum upload di website, jadi tak perlulah nak susah hati sangat kalau tak memadatkan gambar di website.

Banyak sangat plugin pun boleh menyebabkan loading web jadi lambat juga sebenarnya.

Semoga tip ini dapat membantu anda.

Tags:,

12 Comments

  1. rozita January 8, 2022
  2. ZAIDALIFAH HUSSIN January 9, 2022
  3. Eswati Azni Jaafar January 13, 2022
  4. awadah January 15, 2022
  5. Puteri Suhaila January 29, 2022
  6. Shida Rahmat January 29, 2022
  7. mrs pip January 29, 2022
  8. Atul Hamid January 29, 2022
  9. Maria Firdz January 29, 2022
  10. ombakbergigi January 29, 2022
  11. Rina Zul January 30, 2022
  12. sii nurul August 26, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!