Sebenarnya macam mana cara check link scammer ini. Nak-nak bila dapat panggilan telefon atau emel phishing yang meragukan.
Sebelum menjawab atau membuat tindakan selanjutnya, perlulah ambil tahu dan buat pemeriksaan link dengan betul. Adakah itu link yang legit atau dihantar oleh scammer yang mahu scam kita.
Atau dengan kata mudahnya melakukan penipuan secara dalam talian.
Cara Check Link Scammer Guna Website Terpercaya
Anda sebenarnya boleh membuat semakan link URL yang meragukan yang diterima di beberapa website link checker for phishing ini.
Yang mana di website ini anda boleh tahu sama ada phishing link bank, emel, telefon atau yang berkaitan dengannya palsu atau betul.
Antara yang boleh anda jejaki adalah,
- CCID Portal semakmula.rmp.gov.my
- emailveritas.com
- urlvoid.com
- psafe.com
- easydmarc.com
Website di atas akan membantu anda memeriksa URL meragukan yang anda terima. Begitu juga ia akan memaklumkan adakah website itu selamat dikunjungi atau bersifat malicious.
Pastikan semasa mahu membuat semakan di website ini, anda janganlah klik link yang meragukan itu. Cukup sekadar anda copy and paste sahaja.

Check Link Scammer Melalui CCID Portal
CCID Portal itu website yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia untuk anda check link scammer pemilik akaun bank fraud atau semak nombor telefon scammer.
Anda cuma perlu memasukkan kata kunci, kategori dan menekan maklumat captcha untuk membolehkan semakan maklumat bank atau nombor telefon diperolehi dengan tepat.
Dari situ anda akan tahu sama ada nombor akaun atau nombor telefon berkenaan palsu atau sahih. Jika betul akan keluar notifikasi ‘Tiada Laporan Diperolehi’
Anda juga boleh memuat turun aplikasi CCID Portal ini ke telefon bimbit anda untuk memudahkan anda membuat link check for scammer.
Juga disertakan nombor telefon PDRM untuk anda hubungi sekiranya berdepan dengan masalah scam atau mahu membuat report akaun bank scammer.
Segera membuat laporan di balai polis atau hubungi bank anda sekiranya tanpa sengaja sudah tertekan link scammer.

Berhati-hati Dengan Link URL Yang Diragui
Sebenarnya sebagai pengguna perlulah menjadi seorang yang sangat berhati-hati dengan link atau apa saja yang memusykilkan. Sentiasalah check link scammer jika dapat panggilan, sms, mesej atau emel meragukan.
Nak-nak sekarang kan musim orang ramai menerima Bantuan Prihatin Rakyat 2023.
Semakin galakkan mereka buat kerja. Adik saya pun baru je terima sms meragukan. Saya pesan, jangan klik apa-apa link.
Lebih baik check link scammer tu dekat website untuk tahu sama ada link tu dari scammer atau dari badan berautoriti.
Saya juga kongsikan info Elak Duit Hilang, Waspada 3 Phishing Scam Bank di entri yang lain. Rentetan daripada pengalaman ramai orang ketika itu yang menjadi mangsa penipuan gara-gara tersalah tekan link URL meragukan.
Ingat! Teknologi semakin berkembang dan canggih. Sama juga dengan scammer ini. Sebagai pengguna, kita pun kena tingkatkan ilmu dan kesedaran juga.
Apa pun dalam berdepan benda-benda menyeramkan seperti ini, sentiasalah mohon perlindungan daripadaNya. Moga dijauhkan dari berdepan ujian berat melibatkan kewangan mahupun kesihatan.
Didoakan semoga yang baik-baik saja untuk pembaca blog saya ini.
Baca juga :
- Pendekkan link yang panjang guna Zass.to
- Cara terbaru letak link di story instagram
- Cara jual balik emas Public Gold (fizikal)
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis