Bantu kami, membantu mereka

Oh… oh… kepalaku berat, mataku sudah mula berair2 dek menahan rasa mengantuk yang teramat sangat. Zarif akhirnya minum juga susu coklat (itupun selepas rotan panjang ditegakkan di sebelahnya). Mirza masih melayan Astro Ceria. Jam dinding aku dah dekat 10.35 malam… mengantuksnya… tapi entri baru perlu dimasukkan.

Masukkan dulu gambar2, nanti lepas aku bangun malam barulah aku sambung balik entri ini. Masalahnya… aku bangun ke malam? Kebiasaannya terus bangun bila dah pagi… huhuhuhu…

Entri ini cerita tentang Yayasan Nur-Karangkraf yang baru dilancarkan semula 23hb Mei lepas. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah sudi mencemar duli dalam majlis yang menghimpunkan hampir 800 orang tetamu itu.

Aku sebenarnya menggantikan tugasan Eton yang pada waktu itu terpaksa pulang ke kampung halaman di Kedah selepas ayahnya terlibat dalam kemalangan. Seronok sebenarnya majlis malam itu, selain aktiviti amal terasa pula seakan-akan Dinner Karangkraf. Masing2 kelihatan anggun sekali malam itu.

Kami (staff Karangkraf) kemudiannya diarahkan berdiri di sepanjang carpet merah bagi mengiringi kehadiran dan kepergian Permaisuri Agong ke majlis berkenaan. Paling seronok, apabila fotografer terhebat Karangkraf Nut dapat merakam momen2 indah kami bersalaman dengan Permaisuri Agong. Fotografer lain2 yang bertugas malam itu pun hebat2 belaka..tak silap dekat 10 orang semuanya.

Sekalung tahniah untuk penganjur dan staf2 yang bersusah payah pada malam itu. Allah juga yang dapat membalas jasa dan budi kalian yang tidak berkira dalam mencurahkan bakti kepada mereka yang berhak. Amin!

Pesananku: Mahu maklumat lanjut mengenai majlis santapan amal Yayasan Nur-Karangkraf ini boleh dapatkan dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1386.


“Patik menjunjung kasih tuanku,” Senyuman Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah sememangnya cukup menawan hati sesiapa sahaja yang memandang. Sampai majlis berakhir kami geng2 Kayangan tak dapat menamatkan cerita betapa cantiknya Permaisuri Agong yang satu ini.

Meja makan aku bernombor 57. Dari kiri: aku ler, Fouziah Amir (editor majalah I Luv Islam), Su wartawan Sinar Harian yang comel, en Md Yani (editor majalah I), en Azli (editor Fokus SPM), Kiffy Razak (asst. editor majalah Nona) dan Izwasura (alamak sorry wa, aku lupa hang wat majalah apa… huhuhu)

Dengan Almaswa Hj Che Ros, Ketua wartawan Mingguan Wanita. Waktu ini majlis belum bermula lagi.

Kak Sri Diah sempat ambil gambar kami waktu berdiri di tepi carpet merah. Yang berbaju pink di tengah2 itu boss besar saya, Puan Firdaus Haji Hussamuddin, Penerbit Eksekutif KKSB. Sayangnya pix ini tak boleh dibesarkan kerana diambil dari album fb kak Sri Diah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!