Waktu jalan nak balik dari Pejabat Daerah Kuala Kangsar, en Yem minta saya pandang ke arah pokok getah tertua di Malaysia. Nilainya cecah RM200,000.
Betul-betul sebelah jalan besar pejabat tu. Saya ingatkan en Yem bergurau pasal pokok getah tertua di Kuala Kangsar Perak itu.
Beriya en Yem yakinkan saya. Katanya, “pergi tengok signboard kat depan tu.”
Bergegas saya jalan ke arah pokok getah yang besar merimbun. Mau lebih dua pemeluk orang dewasa saiz batang pokok getah tu. Besar dan tinggi.
Sama tinggi dengan bangunan Pejabat Daerah Kuala.
Sampai saja ke tempat monumen sejarah pokok getah tertua di Perak. Percayalah saya yang en Yem bukan cakap tipu-tipu.
Dia pergi ke arah kereta yang diparkir di seberang jalan. Sementara saya dan Qaseh merakam kenangan dekat pokok besar getah tertua yang besar itu.
Sejarah Pokok Getah Tertua Di Malaysia Dekat Kuala Kangsar
Seronok pula nak tahu sejarah pokok getah paling lama hidup dekat Malaysia ini. Kisahnya inilah pokok getah pertama yang hidup daripada sembilan pokok getah asal yang pernah ditanam.
H.N Ridley (Henry Nicholas Ridley) ini ahli geologi yang juga pakar botani dan naturalis berbangsa Inggeris. Dialah yang menjadikan Kuala Kangsar daerah industri getah pertama.
Manakala pokok getah jenis Hevea Brasiliensis pertama ditanam dekat Kuala Kangsar Perak oleh H.J Murton.
Sejarah Benih Pokok Getah Pertama
Benih pokok getah pertama ini didatangkan ke Tanah Melayu pada tahun 1877. Iaitu dari Taman Kew, England ke Semenanjung Tanah Melayu.
Yang mana, sebahagian daripada benihnya ditanam dekat Taman Botani Singapura.
H.J Murton ini seorang penguasa Botanical Gardens di Singapura. Beliau yang bawa masuk pokok getah ini dari Singapura ke Kuala Kangsar.
Baca juga : Berskirt kembang redah tanah aina farrah soraya
Pokok-pokok getah itu kemudiannya ditanam di laman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low.
Pokok getah ini pula asalnya dari negara Brazil. Ahli pelayar Sepanyol yang bernama Christoper Columbuslah yang menemukan pokok getah ini pada tahun 1473.
Dia bawa balik ke Eropah dan buat kajian akan kegunaan pokok getah ini.
Dan bila pokok getah di bawa masuk ke Tanah Melayu itulah yang kemudiannya menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat pada masa itu.
Baca juga : Rentas negeri, jalan-jalan di pekan sehari temerloh
Pokok Getah Tertua Di Negeri Sembilan
Selain pokok getah di Kuala Kangsar, rupanya ada pokok getah tertua di Negeri Sembilan. Pokok getah pertama ini boleh ditemui di kawasan Taman Tasik Seremban.
Malah, nilai harga pokok getah ini setinggi RM3.8 juta.
Disebabkan nilainya yang tinggi itulah ia dijadikan sebagai produk pelancongan warisan di daerah nya.
Sebenarnya, negara kita ini kaya dengan warisan sejarah yang bernilai tinggi. Cuma kadang kita saja yang tidak perasan.
Macam pokok getah di Kuala Kangsar ini, kalaulah en Yem tak beritahu memang tak perasan akan kewujudannya.
Lagipun, kalau tengok pada kawasan sekitar itu macam tempat jalan-jalan biasa saja.
Saya rasa kalau cerita dekat anak sendiri pun diorang takkan dapat merasai betapa berharganya ‘warisan sejarah’ yang ada ini.
Entah-entah pokok getah pun anak saya tak tahu.
Baca juga : jerung char kuey teow sedap di Penang & Perlis
Pokok Getah Tertua Di Kuala Kangsar Bernilai RM200,000
Terkini pokok getah tertua yang berada di Kuala Kangsar ini sudah pun mencecah usia 146 tahun. Malah, nilai pokok getah pertama ini juga sudah mencecah RM200,000.
Setiap tahun pokok warisan ini perlu dirawat dan dijaga rapi. Dan pihak penyelenggara memerlukan sekitar RM3000 ke RM5000 untuk kos penyelenggaraannya.
Fuh! hendak tak hendak, kenalah pelihara warisan sejarah negara kita ini kan.
Kenangan Lalu Kebun Getah Setiap Kali Ke Sekolah
Dulu dekat kawasan rumah mak saya ada kebun getah yang luas. Kalau nak ke sekolah agama, kenalah melintas melalui kawasan kebun itu.
Adalah monyet sesekali bergayutan tapi jarang nampak sebenarnya.
Tapi, masa kita kecik manalah kenal erti seram ini. Seronok je redah kebun getah itu dengan kawan-kawan.
Bila hutan dah makin berkurang, kebun getah tu pun dah tiada.. semakin meriah monyet masuk ke kampung.
Yang lagi hairan, siap masuk rumah mak saya. Hahahaha.. terkejut mak bila ada monyet selamba masuk rumah.
Dulu pun mak abah saya menoreh getah untuk cari rezeki besarkan anak-anak. Jam 4 ke 5 pagi mak dah keluar rumah nak menoreh. Istilah mak ‘motong getah’.
Kata mak lagi, estet mak kerja itu dekat jalan belakang area kubur Cina.
Sekarang estet itu pun dah tak ada. Dah jadi jalan raya pun iya kawasan itu. Begitulah, akhirnya pembangunan jua lah yang mengubah sejarah kampung saya.
Baca juga : victoria bridge tarikan di karai kuala kangsar