bahan-rendang

3 Fakta Bahan Rendang, Sajian Popular Di Hari Raya

Rendang ini sajian yang dimasak lama menggunakan bahan rendang iaitu rempah dan santan kelapa. Makanan popular di musim perayaan.

Baik Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Haji mulalah mak-mak menyediakan masakan rendang di dapur. Ada rendang ayam pencen, rendang daging malah rendang pucuk daun ubi. Dapatlah dimakan oleh tetamu dan ahli keluarga.

Rendang ini bukan saja ada di Malaysia. Indonesia dan Singapura juga ada rendang mereka yang tersendiri. Jom! fahamkan tentang fakta rendang ini. 

Ketahui 3 Fakta Menarik Mengenai Bahan Rendang

Rendang ini bukan saja terkenal di Malaysia malah sampai luar negara pun tahu yang rendang ini masakan istimewa orang Asia Tenggara.

Pernahlah jadi perdebatan di media sosial gara-gara rendang ayam crispy.

Rendang Dibekukan Tahan 3 Bulan

Walaupun ada penggunaan santan, bahan rendang yang dimasak kering dan disimpan dalam bekas bersih di dalam peti beku boleh bertahan lama sehingga berbulan-bulan. 

Sebaik masak, biarkan sejuk barulah simpan dalam bekas dan masukkan peti beku. Itu cara menyimpan makanan sejuk beku dengan betul.

Proses memasak rendang ini menggunakan api paling perlahan. Memang berjam-jam lama ya masak dia. Jika tidak disimpan dalam suhu bilik, rendang yang betul-betul kering boleh bertahan sehingga seminggu.

Sayuran Pun Boleh Dimasak Rendang

Bukan saja ayam, daging mahupun haiwan ternakan lain. Sayuran juga boleh dibuat bahan rendang. Antara yang pernah saya cuba adalah merendang daun ubi. Malah, jering dan kacang panjang juga boleh dimasak rendang.

Baca juga : Masak resepi rendang itik salai terpaling sedap

bahan-rendang

Rendang Setiap Negeri Di Malaysia Berbeza

Setiap negeri di Malaysia ada resepi rendang signatur masing-masing. Walaupun bahan rendang ada yang berbeza. Namun setiap rendang mempunyai rasa sedap yang tersendiri. 

Ini senarai jenis rendang mengikut negeri yang menarik untuk di ketahui :

  • Rendang Tok – dikatakan berasal dari Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak. Diberi nama Tok tu sebagai pengiktirafan orang-orang dulu yang pandainya merendang. Cara masak rendang tok ini lebih pada ‘rendang darat’. Semua bahan-bahan rendang dimasukkan dalam kuali dan dimasak atas dapur kayu guna api perlahan.
  • Rendang Cili Api – Cukup terkenal di Negeri Sembilan. Itulah pun tempat asalnya. Rendangnya tidak ditumis. Banyak penggunaan cili api, kunyit hidup malah serai. 
  • Rendang Opor – Di sebelah Pantai Timur, inilah rendang yang sangat terkenal di Pahang. Dihidang juga semasa kenduri-kendara. Bahan masak rendang opor adalah belacan, air asam jawa, rempah Opor, serai, halia, kerisik, santan, lengkuas, gula nise (gula Melaka) dan cili kering.
  • Rendang Maman – rendang sayuran maman yang sangat terkenal di Negeri Sembilan. Rasa maman yang sedikit pahit sesuai direndang. Bahannya santan, asam keping, kunyit hidup, cili api dan garam. Dicampur juga dengan daging.
  • Rendang Dendeng – terkenal di Perak. Resepi rendang dendeng ini unik sebab daging perlu digoreng sekejap, selepas ditos perlu diketuk terlebih dahulu. 
  • Rendang Ayam Lengkuas – hidangan ini adalah warisan daripada nenek moyang masyarakat Bugis bagi penduduk Sabah. Dimakan bersama nasi, pulut, lemang malah ketupat nasi. Bahan masak rendang ayam lengkuas ini menggunakan lengkuas muda yang diparut.
kunyit dan halia
Kredit foto : Pexels by Karolina Grabowska

Asal Usul Rendang

Rendang ini merupakan hidangan orang Minang. Ia berasal dari wilayah Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. 

Kemudiannya, hidangan ini popular di Asia Tengggara. Malaysia salah satunya. 

Teringat saya pada kisah seorang kakak yang pernah saya interview waktu di majalah Keluarga dulu. Tentang pengalaman raya dulu-dulu. 

Kongsinya, waktu dulu masakan rendang belum ada di kampungnya. Jadi, bila tiba Hari Raya juadah yang mesti disediakan orang kampung adalah masak lemak.

Tak lama tu, resepi rendang mula diperkenalkan dan mula dikenali. Selepas itulah, asal Hari Raya barulah masing-masing buat juadah rendang di rumah masing-masing.

Ada yang saya terbaca ini, rendang dahulunya adalah makanan yang dihidang untuk golongan bangsawan sahaja.  Malah, rendang ketika itu dimasak dengan kelapa tua. Santan kelapa tua tentunya lebih sedap lagi.

Sekarang ini, proses memasak rendang lebih mudah. Dah banyak resepi rendang mudah boleh ditemui. Malah, santan kotak turut digunakan. 

Apa pun bahan rendang yang asli, iaitu kelapa segar tentulah memberikan rasa autentik yang lebih baik lagi.

bahan rendang guna kelapa
Kredit foto : Pexels by Bogdan Krupin

Beza Rendang Malaysia Dan Indonesia

Nak tahulah jugakan apa beza rendang Malaysia dan rendang Indonesia ini. Sebab kalau tengok sekali imbas ini nampak macam sama saja.

Tak jauh beza pun. 

Namun menurut pakar ada perbezaan. Iaitu dari segi tekstur rendang itu sendiri. Rendang Indonesia terutama dari Sumatera Barat melalui proses memasak rendang yang sangat lama. Mengambil masa sehingga 8 jam.

Sehingga santan yang dimasak itu sebati dengan rempahnya dan menjadikan warnanya lebih hitam. 

Tekstur rendang di Malaysia pula lebih basak dan tidak dimasak sehingga benar-benar kering dan menghitam. Warnanya kuning kemerahan dan dimasak sekitar 2 jam. 

Penggunaan kerisik dalam rendang Malaysia juga menjadikannya bahan rendang Malaysia ini berbeza. Rendang Singapura juga memasukkan kerisik semasa proses memasaknya. 

Kerisik ini kelapa parut yang disangai kecoklatan kemudian ditumbuk sehingga lumat. Hasilnya akan mengeluarkan bau yang wangi dan menjadikan rendang warna kecoklatan.

Paling penting waktu nak merendang ini badan kena sihat, tak ada masalah kesihatan macam demam ke, batuk ke, ketumbit ke. Bila sihat tubuh badan, masakan rendang pun sedap jadinya.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!