Sejak menetapkan azam tahun baru bergelar blogger sepenuh masa pada tahun 2022, impian itu saya kekalkan di azam tahun baru 2024. Iaitu mahu menjadi blogger yang menguasai kemahiran dan penulisan SEO pula.
Tahun 2023, mula mempelajari ilmu penulisan dengan memasuki kelas SEO 2023. Waktu itu sudah ada impian mahu bergelar blogger tip top. Maksudnya di situ bukanlah semata-mata dikenali malah faham dengan kualiti konten penulisan yang dihasilkan.
Sepanjang tempoh itu, saya turut ikuti kelas online berkaitan blogging. Menambah pengetahuan sedia ada bukan sekadar tentang penulisan, malah Adsense, Domain Rating, Backlink mahupun berkaitan keyword penulisan.
Teruskan 3 Usaha Mencapai Azam Tahun Baru 2024 Menjadi Seorang Blogger Berjaya
Walaupun perjalanan sebagai seorang blogger tip top masih jauh lagi untuk dicapai, namun tiada istilah putus ada dalam diri. Asalkan ada ilmu baru yang boleh dipelajari kenalah berusaha untuk mencarinya.
Ini antara senarai azam baru 2024 yang boleh dilakukan jika mahu menjadi seorang blogger yang berjaya.
Tetapkan Matlamat Menulis 1 Entri Sehari Untuk 365 Hari
Seorang blogger bermakna perlu menulis di blog dengan konsisten. Jadi, untuk mengekalkan prestasi azam tahun baru ini kenalah konsisten menulis entri sekurang-kurangnya 1 artikel sehari.
Bukan apa, bila rajin menulis bermakna blog akan terupdate setiap hari. Tidaklah nanti bersawang tiada entri baru. Kalau ada entri baru, tentu google akan merasakan yang blog ini masih relevan kepada pembacanya.
Semoga semangat ini terus berkekalanlah sepanjang tahun. Bukan apa, menulis azam tu memang mudah. Nak laksanakan azam tu ya ampun. Bercinta betul.
Macam tahun lepas, memang tak berjayalah saya untuk menyiapkan 1 entri sehari. Banyak nau alasannya.
Tambah Ilmu SEO, Belajar Dan Terus Belajar Penuhi Azam Tahun Baru
Siapa kata dalam usia dah masuk 4 series ini tak layak untuk belajar. Semangat belajar itu jangan dipadamkan dalam diri ya. Kalau tak belajar dengan kawan-kawan atau guru yang selayaknya.
Masih lagi boleh buat pembacaan di dalam website terpercaya atau membaca info terkini dalam grup SEO di facebook dalam dan luar negara.
Kadangkala tips yang mereka berikan itu tersangatlah relevan dan boleh diguna pakai untuk penambahbaikan blog. Ada grup SEO yang saya suka follow di facebook. Antaranya, Google SEO Mastermind. Banyak tip terkini yang diperoleh dalam grup ini.
Sempena memenuhi azam tahun 2024 ini, kenalah rajin gali ilmu SEO di mana-mana platform social media.
Berdoa Semoga Terus Istiqamah Capai Azam 2024
Sepanjang proses ini, kenalah sentiasa berdoa. Semoga diberikan kemudahan dan petunjuk dariNya dalam membangunkan blog sendiri ini.
Sungguh memang tak mudah nak capai azam tahun baru itu. Dari tahun 2021, dengan pembacanya nak capai 50 PageView sebulan pun payah. Alhamdulillah, pembaca blog ini sudah boleh mencecah 10 ribu PageView pembaca untuk sebulan.
Sebenarnya angka itu masih terlalu jauh dari keselesaan. Tersangatlah kecil dalam dunia blogging ini. Dalam usia tiga tahun, blog ini tersangatlah baru. Itulah cabarannya. Nak beri orang kenal yang saya masih lagi menulis.
Walaupun tidak lagi bersama Mingguan Wanita, dunia penulisan masih sebati dalam jiwa ini. Cuma bentuk penulisannya tidak lagi mengejar viral semata. Penulisan di blog ini lebih berteraskan evergreen. InsyaAllah, relevan sepanjang zaman.
Semoga azam 2024 yang dipasakkan dalam hati ini menjadi nyata. Amin.
Doa Azam Tahun Baru Ikut Saranan Ustaz Wadi Anuar
Suka saya untuk menulis doa tahun baru yang dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar ini. Dalam klip videonya beliau memberikan pesanan.
“Setiap kali solat, lepas tahiyat akhir ‘fil ‘alamina inaka hamidun majid’. Sebelum bagi salam, baca ayat ini : ‘Allahumma inni a udhu bika min’adhabi jahanam’“
Maksudnya : Wahai Allah aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam.
Selain daripada doa ini, ada banyak lagi doa yang baik-baik yang boleh ditetapkan dalam hati. Iaitu memohon kemudahannya, memohon perlindungan dan rahmatNya, memohon kemurahan dan keberkatan rezeki dariNya.
Maka, janganlah lupa untuk terus berdoa dan menetapkan azam baharu untuk membaiki diri. Walau ada terkhilaf sekalipun, janganlah malu untuk berdoa padaNya. Kerana Allah suka pada hambaNya yang meminta-minta.
Malah, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam instagramnya memberikan pesanan agar memenuhi 35 cara untuk memperbaiki diri di tahun baru ini.
Antara lima ayat azam tahun baru 2024 yang boleh disenaraikan adalah :
- Solat awal waktu.
- Solat taubat setiap hari.
- Set matlamat hidup.
- Baca buku 10 mukasurat sehari.
- Jangan menghukum orang.
Baca senarai selanjutnya di sini : https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/azam-baharu-2024-baiki-diri-dr-fadzilah-kamsah-kongsi-35-tip-bangkit-berubah-lebih-baik/
Selamat Tahun Baru 2024 kak… semoga azam akak tercapai, dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan urusan dunia akhirat
Terima kasih Nurul. Amin untuk doanya. Moga yang baik-baik juga berbalik kepada Nurul.