aeon mall superman

AEON Mall Catat Malaysian Book Of Records (MBOR) Himpun 1007 SUPERMAN

Buat julung kalinya, AEON Mall berjaya mencatat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai Largest Gathering in Superman Attire pada 12 Julai 2025 lalu. Dengan menghimpunkan sejumlah 1007 orang berpakaian Superman.

Acara bersejarah bagi AEON ini dicatatkan di pusat membeli belah AEON Mall Bukit Indah, Johor. Tentunya Himpunan Terbesar Superman ini memberi kenangan yang cukup manis buat setiap daripada kalangan mereka yang terlibat. iaitu Himpunan Terbesar Superman.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pusat membeli belah AEON di atas kejayaan penuh sejarah ini.

AEON Mall Catat Malaysian Book Of Records Largest Gathering in Superman Attire

Sebelumnya pusat membeli belah ini sudah mewar-warkan perhimpunan terbesar Superman yang akan mereka adakan kepada para pengunjung setia.. Yang mana, setiap pengunjung yang mahu menyertai acara bersejarah ini perlu hadir dengan memakai kostum Superman.

Ternyata hasrat mahu mencipta sejarah Himpunan Superman Terbesar mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pengunjung AEON itu sendiri.

Perhimpunan ini bermula jam 2 petang pada hari Sabtu. Yang mana setiap 500 penyertaan awal, peserta akan menerima Superman cape secara percuma. Mereka juga akan berpeluang untuk bergambar secara berkumpulan.

Menariknya lagi, pada hari tersebut turut diadakan costume showcase dan mini catwalk untuk Best Dress Heroes. Tentunya inilah Waktu yang ditunggu-tunggu oleh para peserta yang hadir.

aeon mall superman

Pelbagai Aktiviti Superman Yang Lain Ada Di AEON

Sepanjang Julai ini, AEON juga membawakan pelbagai acara menarik bersempena Superman di pusat membeli belah mereka di seluruh negara. Antara yang boleh anda sertai adalah roadshow Superman, Superman Parade, berbelanja dan kumpul cenderahati eksklusif Superman, perarakan Superman dan menangi hadiah sejumlah RM5000.

Antara yang boleh anda sertai adalah 1st-ever Superman Pop-Up Store Roadshow.

Program ini membolehkan anda menyaksikan disamping menyertai pelbagai aktiviti dan jualan cenderahati Superman yang eksklusif. Disertakan di Bawah jadual roadshow di beberapa AEON terpilih.

• AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor) 1-13 Julai
• AEON Mall Nilai (N. Sembilan) & Kulaijaya (Johor) : 15-27 Julai
• AEON Mall Bukit Mertajam (Penang) : 29 Julai – 10 Ogos
• AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City (Johor) : 29 Julai – 17 Ogos

aeon mall superman

Saksikan SUPERMAN PARADE – HEROES ON THE MOVE

Apa pula ini? Ini adalah aktiviti berarak bersama keluarga dalam gaya Superman Flash mob. Tentunya dalam kerancakan perarakan ini, anda boleh menikmati muzik live yang turut bergema sepanjang aktiviti berlangsung.

AEON parade sememangnya sentiasa memikirkan idea-idea family bonding antara mak ayah dan anak-anak engan baik sekali.

Beriku merupakan jadual acara flash mob dan muzik live yang telah dan bakal diadakan.

• AEON Mall Bukit Indah 12 Julai
• AEON Mall Kulaijaya 19 Julai
• AEON Mall Cheras Selatan 27 Julai
• AEON Mall Tebrau City 2 Ogos
• AEON Mall Taman Maluri 17 Ogos

aeon mall superman

Cenderahati Eksklusif Superman Untuk Dimiliki

Membeli belah di AEON bukan sekadar membeli dan bawa pulang barangan yang telah dibayar. Menariknya anda juga boleh bawa pulang barangan cenderahati yang menjadi idaman anak-anak.

Di AEON Ketika ini ada SHOP & REDEEM merchandise eksklusif Superman dengan setiap pembelian di AEON.

Apakah jenis cenderahati yang anak anda boleh miliki itu? Ada dua produk eksklusif yang boleh didapati dengan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.

Superman Blind Box Flask

Barangan Superman Blind Box Flask*(boleh didapati di AEON kecuali pusat membeli belah AEON Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang dan Melaka Shopping Center.)

Syarat yang perlu anda penuhi adalah berbelanja minimum RM800* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabungan TIGA (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di pusat membeli belah AEON termasuk pembelian dari AEON Retail.

Superman Pet Cape

Ini pula syarat untuk anda mendapatkan Superman Pet Cape. Caranya berbelanja minimum RM600* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabungan TIGA (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL termasuk pembelian dari AEON Retail.

Sertai Kira & Menangi Hadiah Bernilai RM5000

Haa.. aktiviti ini bukan saja anak-anak suka, malah mak ayah pun akan sama-sama merasa excitednya. Apa yang perlu dilakukan dalah mengira logo Superman yang ada di pusat membeli belah AEON.

Bayangkan cuma mengira jumlah logo Superman yang betul anda boleh membawa pulang barangan eksklusif Superman Edisi Terhad. Jumlah bagi nilaian hadiah itu mencecah RM5,000.

Apa pun anda kenalah cepat dan tepat. Sebab hanya 10 pemenang yang akan AEON pilih ya.

Aktiviti Lain Ada Di Pusat Membeli Belah AEON

Dah alang-alang bawa famili ke pusat membeli belah AEON itu, apa kata anda penuhi kegembiraan hati anak-anak di bahagian Superman Photo Zones. Ada juga ruang aktiviti untuk anak-anak anda di sini.

Ini paling mudah. Anda boleh menyertai Peraduan Khas di Media Sosial Bersama Samsung. Caranya anda beli mana-mana TV Samsung di AEON Mall. Kemudian, anda muat naik gaya Superman terbaik yang anda boleh persembahkan.

Semasa memuat naik gambar anda itu, sertakan sekali hashtag berikut : #AEONMALLSupermanLookup

Malah, anda juga boleh memenangi Samsung Music Frames bernilai bernilai RM1,999. Perlu diingat, hanya 6 pemenang bertuah sahaja akan dipilih nanti.

Untuk maklumat lanjut, ikuti AEON Mall di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL berdekatan anda.

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!