zul ariffin

Zul Ariffin : Biodata, Kerjaya Lakonan & Hijrah 2023

Dalam dunia hiburan Malaysia, aktor Zul Ariffin seorang figura seni yang tidak asing lagi. Namanya memberi impak dalam industri seni tanah air.

Baik karier mahupun kehidupan peribadi sering menjadi perhatian peminat hiburan tanah air. Sehinggakan, kunjungan terkini Zul Arifin ke kota Al-Ula menerima perhatian luar biasa.

Telusuri biodata Zul, drama dan filem lakonan hebat malah kehidupan peribadinya di sepanjang kariernya bergelar anak seni.

Biodata Zul Ariffin

  • Nama sebenar : Zulkifli Ariffin
  • Nama popular : Zul Ariffin
  • Tarikh lahir : 25 Oktober 1986
  • Umur : 36 tahun
  • Agama : Islam
  • Bangsa : berdarah kacukan Melayu dan Belanda
  • Asal kelahiran : Taiping, Perak
  • Warganegara : Malaysia
  • Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Kerjaya : Pelakon, model dan pengacara

Latar Belakang Keluarga

  • Nama ayah : Ariffin Hassan
  • Nama ibu : Robiah Nasir
  • Adik-beradik : dua kakak dan seorang abang ; Siti Rahayu binti Ariffin, Siti Hanim binti Ariffin dan Zulkarnain Ariffin
zul ariffin

Kerjaya Seni Zul Arifin Dari Mula Hingga Kini

Bermula Dengan Model Iklan

Zul memulakan kerjaya seni dengan menjadi model iklan-iklan di televisyen. Impak lakonan dan kepopularan aktor berbadan sado ini menjadikan dirinya pilihan terbaik syarikat tempatan dan antarbangsa untuk dilantik sebagai duta mahupun jurucakap produk.

Beliau dilantik menjadi duta Fisherman’s Friend, Nescafe, Sengheng, PROTON, Gatsby, Lipton, Systema Mont Cabana dan Code 10.

Zul Ariffin Drama List

  • 2008 – Drama Awan Dania (bergandingan dengan Scha Al-Yahya)
  • 2009 – Gerak Khas (watak utama menjadi Inspektor Ashraf)
  • 2011 – Nora Elena (bergandingan dengan aktor Aaron Aziz dan Siti Saleha)
  • 2013 – Luluhnya Sebuah Ikrar (bersama Sara Ali)
  • 2014 – Rindu Awak 200% (bersama Ayda Jebat)
  •           – Istikharah Cinta (heroin Faye Kusairi)
  • 2016 – Uda & Dara (bersama Siti Saleha)
  • 2017 – J Revolusi (memegang watak Jay Zulkarnain, yang menjadi ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).
  •          – Menanti Februari
  •          – Titian Cinta (sebuah drama adaptasi novel)
  • 2018 – Mr. London Ms. Langkawi (bergandingan dengan Izara Aishah)
  •           – Gerak Khas 
  • 2019 – Bidadari Kiriman Tuhan
  • 2021 – Love Elsa (drama televisyen Malaysia arahan Micheal Ang bersama Uyaina Arshad dan Zeera Azizi)
  • 2022 – Tarik Aku Ke Syurga (membawakan watak perunding ejen hartanah berjaya bernama Zamri)   
  • 2023 – Perempuan Itu (drama yang cukup viral dengan wataknya sebagai Emir. Bergandingan bersama Mimi Lana sebagai Khalish)   

Baca juga : Azhar Sulaiman : Biodata, Keluarga & Pelakon Popular Tahun 90-an

zul ariffin

Senarai Filem Zul Ariffin 2023 & Sebelumnya

  • 2011 – Evolusi KL Drift 2 (filem sulung bersama Remy Ishak)
  • 2013 – Penanggal
  •           – Bikers Kental (bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Parale)
  • 2014 – Balistik (bersama Rosyam Nor dan Rita Rudaini)
  •          – Jin
  • 2017 – Tombiruo : Penunggu Rimba (filem epik adaptasi novel penulis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid)
  • 2018 – Hantu Kak Limah (filem seram arahan Mamat Khalid)
  • 2019 – Misteri Dilaila (sebagai Jefri bergandingan dengan Elizabeth Tan dalam filem thriller arahan Syafiq Yusof)
  •           – Sangkar (bersama Remy Ishak dan Mira Filzah) yang menjadi atlet seni bela diri campuran Adam ‘The Ace’ Abdullah.
  • 2021 – Penunggang Agama (sebagai Amir
  •           – J2 : J Retribusi (kesinambungan dari filem J Revolusi)
  • 2022 – Juang (filem biopik terbitan Rosyam Nor bersama pelakon Zizan Razak dan Jack Lim)
  • 2023 – Talbis Iblis (bergandingan bersama Nasha Aziz)

Kejayaan 4 Filem Lakonan Zul Ariffin Yang Luar Biasa

Beberapa filem lakonannya yang menampilkan aksi-aksi lasak dan lakonannya yang serius menjadikan filemnya meletop di layar perak.

Menurut Gempak, filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Misteri Dilaila, Sangkar dan Penunggang Agama menyerlahkan seni lakon aktor hebat dengan seni bela diri ini.

Anugerah Zul Ariffin Peroleh Sepanjang Karier

  • 2014 – Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di anugerah Festival Filem Malaysia Ke-26
  •           – Pelakon TV Meletop di Anugerap MeleTOP Era 2015
  •  2015  – Pelakon Drama Lelaki Pilihan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2
  •            – Artis Lelaki Stailo di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
  • 2016 – Artis Lelaki Pilihan di Anugerah Melodi ke-2
  • 2017 – Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
  • 2018 – Aktor Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5
  • 2021 – Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31
  •           – Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Drama Sangat 2021

Baca juga : Doa mustajab depan Kaabah

zul ariffin

Kehidupan Peribadi, Gossip Cinta & Hijrah Zul Ariffin

Dari awal pembabitannya dalam seni lakon, kehidupan peribadi Zul Ariffin dengan pasangan heroinnya tetap akan diperkatakan di media massa. 

Gossipnya bersama Abby Abadi yang akrab menjadi spekulasi keduanya menjalinkan hubungan bersama. Begitu juga gossip cintanya bersama bos Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai.

Pernah juga dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Zahirah MacWilson yang ketika itu pelakon baru dalam industri. Gossip cinta mereka berakhir dan Zahirah mendirikan rumah tangga bersama aktor Aiman Hakim Ridza.

Zul pernah melalui titik sedih dalam hidupnya apabila kehilangan ibu tersayang Robiah Nasir yang meninggal dunia pada tahun 2017 kerana penyakit jantung.

Dalam pada kehidupan peribadinya yang sarat dengan kontroversi. Zul Ariffin kini mengambil langkah untuk lebih berhati-hati memilih watak lakonannya.

Beliau juga sudah berangkat menunaikan haji pada 10 Jun 2023. Zul Ariffin haji di tahun ini dan sudah menunaikan umrah sebanyak tiga kali.

Malah, pelakon kacak bertubuh sasa ini juga sudah nekad menolak tawaran berlakon yang melibatkan adegan panas mahupun berpelukan. 

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!