Baju raya bagaikan satu kemestian dalam meraikan kegembiraan menyambut Hari Raya pada 1 Syawal. Bertambah ceria apabila dapat mengenakan warna baju raya yang cantik mengikut tema warna pilihan hati di tahun 2024 ini.
Sejak beberapa hari lalu, sudah berlegar di media sosial pilihan warna tema warna baju raya 2024. Sehinggakan terjadinya perdebatan warna baju jingga bata yang viral di kalangan netizen mahupun tukang jahit.
Tema warna menjadi begitu penting dalam pemilihan warna baju raya, memandangkan nuansa pada busana mampu menonjolkan personaliti mahupun gaya si pemakai pada pagi raya.
Senarai 6 Warna Baju Raya 2024 Yang Trending
Melengkapi tema warna baju raya 2023, bagi tahun 2024 ini trend warna raya begitu menarik sekali. Tentunya padanan 6 rona warna yang dikongsikan ini bakal menyerlahkan gaya dan personaliti seseorang. Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Pilihan Yang Menampilkan Personaliti Berani Dan Cantik (Bold & Beautiful)
Warna Oren Bata (Brick Orange / Burnt Orange)
Ia juga dikenali sebagai warna pinang masak. Warna cerah yang ada padanya tersangatlah cantik seakan menonjolkan gaya anda yang penuh bertenaga di pagi raya. Dalam masa sama menzahirkan suasana hangat dan menarik. Malah, warnanya bak membayangkan bumbung terakota yang bagaikan mengembara jauh ke negara Itali.
Bayangkan busana raya oren bata yang dipadankan dengan aksesori emas mahupun gelang emas. Terserlah imej anggun di pagi raya. Buat baju raya lelaki pun sesuai sangat warna brick orange ini.
Warna Sapphire Blue (Biru Nilam)
Satu lagi rona warna yang eksklusif dan elegan. Membangkitkan emosi mewah dan misteri. Pilihan warna baju raya Sapphire Blue ini mampu menyerlahkan imej berani dan menonjolkan kecantikan si pemakai.
Sesuai digayakan dalam acara rasmi mahupun kasual Hari Raya. Sehelai baju kurung biru nilam dengan hiasan sulaman Perak yang sarat menjadikan busana terlihat begitu anggun bergaya.
Pilihan Warna Baju Raya Tonjolkan Sisi Segar Dan Tenang (Fresh & Serene)
Warna Mantis Green (Hijau Cerah)
Pilihan warna ini memberikan elemen sejuk dan menenangkan, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih tenang dan mendamaikan. Sesuai dengan ronanya yang diilhamkan dari inspirasi warna alam haiwan mentadak.
Tentunya memilih warna mendamaikan amat bersesuaian untuk memulakan permulaan Syawal dengan ketenangan. Bayangkan mengenakan baju raya maxi lembut beralun dalam warna hijau mantis. Terserlah kesopanan si pemakai ketika berkumpul dengan sanak saudara di Hari Raya.
Warna Pale Blue (Biru Pucat)
Satu lagi warna biru lembut atau baby blue yang membangkitkan perasaan damai dan tenang ketika memakai. Antara padanan baju raya sedondon yang wajar digayakan bersama keluarga. Malah, mampu mencipta ruang romantis dan menonjolkan sisi feminin seseorang.
Warna-warna pastel lembut dan cerah sebegini juga menzahirkan suasana sejuk sesuai untuk menonjolkan jiwa muda anda. Padankan baju kurung biru lembut ini dengan sulaman bunga halus, sekaligus menyerlah keindahan peribadi si pemakai.
Pilihan Warna Yang Menyerlah Gaya Klasik Abadi (Timeless Classic)
Warna Millenial Pink (Merah Jambu Milenium)
Ini antara rona warna yang sentiasa popular di kalangan wanita. Warna yang digambarkan mampu memberikan sentuhan retro yang manis dan romantis dalam suasana hening pagi Syawal.
Bayangkan mengenakan busana merah jambu yang lembut lalu dipadankan dengan aksesori emas putih atau mutiara malah berlian. Bukankah baju raya anda memberikan satu sentuhan yang berbeza dan tersendiri.
Tidak salah juga jika mahu menggayakan baju kurung merah jambu milenium dengan corak geometri moden yang penuh gaya. Boleh juga serlah kelembutan millenial pink dalam baju kurung kedah mahupun baju kurung songket.
Satu lagi warna klasik yang memberikan sentuhan mewah dan klasik yang sesuai digayakan dalam apa juga acara. Menyerlah gaya anggun muslimah yang gemarkan rona-rona gelap. Selain menyenakan baju raya warna hitam anda juga boleh memilih warna biru gelap dalam wishlist baju raya anda tahun ini.
Pandanan dengan aksesori pilihan hati misalnya emas menyerlahkan warna gelap yang melatari rona baju. Warna klasik sebegini juga antara pilihan selamat untuk anda. Malah, warna ini juga antara yang popular di kalangan wanita muslimah.
Kesimpulan
Senarai warna raya yang dikongsikan hanyalah sebahagian saja. Banyak lagi warna-warna trending untuk baju raya 2024. Walaupun ada yang meramalkan brick orange atau jingga gelap menjadi warna tema Aidilfitri 2024 dan kesesuaiannya dengan ton kulit seseorang.
Akhirnya, warna terbaik untuk anda pilih tentulah warna yang mampu membuatkan anda berasa lebih yakin dan menyerlahkan sisi cantik diri anda. Jadi, pilihlah yang berpadanan dengan diri. Semoga anda menemui warna yang sesuai agar dapat menyambut Raya Aidilfitri dengan penuh gaya.
Saya belum plan lagi warna baju apa nak pakai..
Tengok dalam seminggu dua lagi