Blogku dilanda masalah

Sekali lagi gambar tiada kena mengena dengan cerita. Tapi kesedihan muka Zarif, samalah keadaannya dengan kesedihan yang aku alami bila blog aku dilanda masalah sekarang ini.

Tentang gambar: Kenangan waktu membawa Mirza dan Zarif ke Pulau Bali sekitar bulan 5 tahun lalu.

Fed up pun ada. Tak tahu apa masalah blog aku kali ini. Layout side bar aku bermasalah. Baru semalam aku masukkan jumlah visitor blog ini tapi hari ini aku buka, widget itu dah hilang. Huhuhu..kalaulah aku tahu kenapa…terpaksa aku bersengkang mata menyelesaikan masalah yang satu ini.

Dah lama tak menggodam benda2 ini. Beberapa hari lepas kak Nuri (editor aku ler) tanya macam mana nak setup blog. Lepas tu kak nuri tanya macam mana nak masukkan gambar2. Ok, aku pun ajar. Tapi apasal plak gambar2 kak Nuri berterabur? Alahai aku tiba2 jadi blur sekali lagi. Kalau dah lama tak belek2 blog sendiri inilah jadinya.

Masa aku cukup terhad. Di ofis settlekan bahan2 harian untuk dimuatkan dalam majalah. Di rumah pula line broadband aku tersangatlah syahdunya…BENCINTA aku menunggu dia nak appear satu2. Sudahnya aku tutup. Sekarang ini barulah nak berjinak2 kembali. Cadangnya nak buka satu lagi laman khas untuk muatkan karya2 yang aku suka..tapi macam mana nak menepis serangan plagarism dalam internet ni ya..Baru2 nih kak Julie beritahu yang gambar kahwin aku dah kena songlap ngan satu company card online. Cis! untung dia makan free hasil gambar kawen aku yang cun tuh…hahaha.

Aku akan mencari jalan penyelesaian untuk masalah blog aku nih..kalau ada kawan2 sudi membantu bolehlah beri pandangan ya..tulun! tulun!

Leave a Reply

error: Content is protected !!