threads meta

Cara Download Threads Meta 2023 Di iPhone, Link Instagram

Aplikasi Threads Meta adalah media sosial terbaru diperkenalkan oleh Meta. Bebenang baru ini menjadi pesaing Twitter malah hampir sama.

Baru saja dilancarkan, menurut Mark Zuckerberg sudah lebih 10 juta orang mendaftar dengannya. Threads Instagram ini boleh dimuat turun di App Store (pengguna iPhone) dan juga Google Play (pengguna Android).

Untuk mendownload aplikasi Threads Meta di smartphone anda. Bagi pemegang telefon pintar iPhone mahupun iPad perlu mempunyai perisian iOS 14 hingga terbaru. Pemilik Android pula perlu ada sistem versi 5.0 ke atas.

Begini Cara Download Threads Meta Instagram

Aplikasi ini boleh dimuat naik di telefon pintar iPhone, iPad dan Android. Boleh rujuk sini untuk ketahui langkah demi langkah.

threads meta
Ini threads saya. Jemput follow ya.

Pengguna iPhone

  1. Masuk ke App Store
  2. Cari Threads Instagram, an Instagram app on the App Store
  3. Muat turun aplikasi.
  4. Masukkan kata laluan dan muat turun.
  5. Setelah aplikasi berjaya dimuatnaik, buka aplikasi Threads tadi. Masuk menggunakan akuan instagram.
  6. Import data dari instagram
  7. Siap, boleh mula buat posting bebenang anda yang pertama.

Pengguna Android

  1. Buka Play Store atau Google Play
  2. Cari Threads Instagram
  3. Klik Threads app dan klik butang install.
  4. Tunggu aps di download.
  5. Setelah itu buka aplikasi.
  6. Masuk dengan menggunakan akaun instagram.

Sebaik akaun media sosial ini berjaya dibuat. Akan ada link Threads di instagram anda.

Baca juga : Cara keluarkan duit Tabung Haji

threads meta
Sumber foto : https://about.instagram.com/blog/announcements/threads-instagram-text-feature

Cara Menggunakan Aplikasi Threads Instagram

Threads ini fungsinya macam Twitter. Boleh buat perkongsian menggunakan teks, gambar dan video dari kalangan follower yang berkongsi minat yang sama.

Ini perkara yang menarik untuk anda tahu tentang Threads Meta:

  • Teks boleh ditulis di ruangan posting sehingga 500 aksara. 
  • Boleh disertakan dengan pautan gambar dan video.
  • Video berdurasi sehingga 300 saat atau 5 minit.
  • Pengguna boleh control siapa yang dia nak mention atau balas perkongsian threads pengguna.
  • Anda juga boleh ‘unfollow’, ‘block’ dan melaporkan profil dekat Threads. Klik pada menu tiga titik atau yang mahu anda sekat di instagram.
  • Jika akaun instagram anda disekat, anda juga tidak dapat melayari threads
  • Pada tiga titik setiap posting anda boleh tentukan siapa boleh reply threads anda dan hide jumlah tanda suka pada posting berkenaan.
  • Jika mahu delete posting tekan tiga titik pada setiap posting berkenaan
  • Garis Panduan Komuniti di Threads juga sama macam di Instagram.

One Response

  1. Azrul July 22, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!