anak=anak-gaza

Ramadan Dan Bumi Gaza Yang Diuji

Ramadan dan bumi Gaza yang diuji | Minggu ini saya kehilangan idea. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara ini. Sejak dua minggu lalu, saya sibuk sekali melayan facebook.

Air mata tidak jua mahu berhenti setiap kali menatap wajah anak-anak Syurga di Gaza yang telah kembali menemui Yang Maha Agung dalam keadaan menyayat hati.

Para syuhada terdiri dari anak-anak kecil dan ibu-ibu tabah di bumi Gaza, Palestin cukup meruntun hati saya.

Memasuki hari ke-14 peperangan di Gaza yang semakin menyeksa batin dan setiap detik urat nadi saya.

Andai saya punya kuasa, sudah saya humban ke lubang lumpur dua manusia iblis, Benjamin Setanhantu dan Barrack Obama.

Sememangnya saya cukup emosi apabila membicarakan soal kekejaman tentera Israel Zionis laknatullah di bumi Gaza.

Terkesan Dengan Pemergian Anak-anak Gaza

Bermacam website saya like demi mendapatkan cerita terkini tentang Gaza, Palestin. Sungguh, peristiwa ini satu persatu rupanya telah memakan deria rasa saya sepanjang bulan Ramadan ini.

Paling membuatkan saya pelik dengan diri sendiri. Saya tidak teruja langsung mahu membeli kuih raya di pejabat. Dan ini bukan tradisi saya. 

Setiap tahun saya cukup teruja untuk membeli kuih raya, mencari baju raya anak. Tapi tahun ini entahlah semuanya serba sederhana.

Barangkali terkesan dengan segala macam perkara yang berlaku di sekeliling saya. Dan tragedi MH17 sekali lagi mengundang hiba di hati.

Semoga ahli keluarga krew, anak kapal dan penumpang MH17 diberi ketabahan mengharungi ujian yang amat hebat ini.

Tadi saya terdengar dalam berita, mangsa nahas yang beragama Islam dikatakan tergolong dalam kalangan orang-orang yang syahid. Amin.

Cukup bahagia dan bertuah mereka sebenarnya. Saya di sini entah apalah nasib penghujung hidup saya nanti. 

Ramadan ini sememangnya penuh dengan keberkatan. Bulan yang cukup istimewa di hati saya untuk tahun ini.

Tahun ini, hari lahir saya jatuh pada bulan Ramadan. Dan pada hari itu, kira-kira jam 5 lebih pada sebelah petang, matahari berada tepat di atas Kaabah.

Sekaligus menjadi penanda aras kepada umat Islam untuk menentukan arah kiblat yang tepat. 

Alhamdulillah, nikmat mana lagi yang mahu saya dustakan. 

Ramadan Ini Mahu Terus Fokus

Dan Ramadan kali ini juga begitu istimewa sekali. Sepanjang Syaaban lalu, saya cuba fokus untuk belajar menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Lalu, apabila Ramadan bermula saya mahu terus fokus. Berusaha segigih mungkin untuk tidak meninggalkan solat walau satu waktu. 

Sungguh bukan mudah mahu dikongsi rasa hati ini. Namun, demi kebaikan saya sedia menerima apa juga yang bakal mendatang. Maklumlah sekarang ini zaman orang troll mentroll orang. Zaman ‘aku saja yang perfect’. Oh!…

Syukur alhamdulillah, barangkali berkat doa yang saya temui di facebook membuatkan apa yang saya rencanakan telah Allah makbulkan.

Setiap inci langkah dan tindakan tidak pernah sekalipun saya terlepas dari mengingatiNya. Saya bermula dengan doa ini.

Ya Allah, jadikan aku dan keturunanku orang-orang yang mendirikan solat.”

Doa ini tidak pernah sekalipun lekang dari bibir. Sungguh bukan mudah sebenarnya mahu melaksanakan semua ini andai bukan dengan keizinanNya.

Ya Allah, selama 37 tahun, inilah nikmat Ramadan terindah yang pernah dikecapi. Dan doa ini juga tidak pernah lekang dari bibir.

Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Pemaaf dan Maha Mulia. Engkau sukakan kemaafan maka maafkanlah aku.

Baca : Penyatuan umat Islam ke arah pembebasan Palestin

Bulan Keajaiban Merawat Emosi

Dan kata-kata semudah ini cukup menggetarkan hati. Adakah kemaafan ini akan Allah terima? Tapi sebelum itu, saya mahu memohon beribu kemaafan kepada sesiapa juga insan yang mengenali diri saya yang kerdil ini.

Saya sambung kembali tentang teori mengapa Ramadan ini cukup istimewa buat saya. Selalunya, Ramadan adalah waktu paling sibuk buat wartawan di meja Mingguan Wanita.

Bulan puasa kami biasanya cukup hectic dengan bermacam tugasan yang menanti.

Tahun ini, Allah beri keringanan kepada saya. Tidak tahu dari mana dan bagaimana, artikel-artikel saya ada yang sudah saya lakukan sebelum ini dan menjadi bahan stok yang dapat saya gunakan sepanjang Ramadan.

Ada juga teman-teman yang menggantikan artikel kerana sebelum ini saya sudah menyudahkan untuk mereka. Lalu, sepanjang Ramadan ini saya diberi keringanan untuk lebih fokus dengan matlamat yang saya doakan sebelum ini.

Ternyata Allah menjadikan segalanya serba mudah untuk saya. Ramadan ini sememangnya bulan keajaiban untuk emosi saya sendiri. 

Semoga malam ini, ada berita yang baik untuk saudara-saudaraku di Gaza. Ada juga berita kemudahan untuk rakyat Malaysia berhadapan tragedi MH17. Segalanya saling berkaitan dan begitu menyesakkan.

Ya Allah bantu kami merungkaikan kekusutan ini. Bantu tentera mujahidin mencapai kemenangan. Kalahkan tentera zionis Ya Allah Ya Rabb.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 21 Julai 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!