Mewarnakan latar hitam putih. Wah! seronoknya bila berjaya

Pix sebelum
Masih lagi bereksperimentasi dan belajar teknik2 yang ada dalam photoshop. Hmm..orang baru macam aku nih memang akan mengambil masa yang lama untuk belajar semua itu. Lebih2 lagi dengan usia yang semakin meningkat ini rasa perlahan sekali untuk belajar benda2 teknologi nih..huhuhu.

Semalam aku cuba cari cara nak buat gambar berlipat. Aku berjaya buat lipatan itu tapi tak berjaya pula nak buat latar putih. Entah manalah silapnya. Sampai migrain aku mengerjakan ‘benda’ yang satu itu. Sampai sudah tak jumpa… nantilah tanya pada kawan2 grafik yang sudi ajarkan aku nih…hehehe..

Hari ini aku belajar membuat gambar berwarna menjadi hitam dan putih. Ok berjaya, kemudian warnakan pula gambar yang diinginkan dari gambar hitam dan putih itu. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Sebenarnya tidaklah sesukar mana.

Layari laman ezhan-artwork ini untuk dapatkan pembelajaran yang lebih jelas. Di bawah aku sertakan contoh gambar yang berjaya aku kerjakan.

Semoga berjaya.

Pix selepas. Oklah kan untuk budak baru macam aku nih!
PSNantikan cerita aku bersama YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia. Bagaimana wanita berjiwa besar ini begitu ‘simple’ kehidupannya kala di rumah. Dapatkan juga kisah lanjut mengenainya dalam Bumper MW 2010 yang akan berada di pasaran bulan puasa nanti’.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!