Malam kelmarin, datang dua orang anak jiran abah bawa ikan2 untuk dimasukkan dalam kolam itu. Kata emak macam itulah selalunya budak2 itu buat. Asal ada ikan akan didermakan langsung ke kolam atuk. Aku cakap kat mak, abah nih memang suka melayan budak2 ni. Patutlah setiap kali raya aku tengok lebih ramai budak2 kat rumah abah berbanding orang tua..hehehe.
Tapi satu yang aku tak boleh lupa bila abah marahkan budak2 kecik antara umur 4 ke 5 tahun yang suka sangat main paip air kat bilik air depan rumah dia. Depan rumah abah selalunya jadi lokasi budak2 ini main batu ke tanah ke (nama pun budak kampungkan) kadang2 main parit kat sebelah rumah mak. Bila badan dah kotor, tak beranilah nak balik rumah. Sudahnya, bersihkan dulu badan kat paip air abah. Sekali dua abah biarkan bila dah menjadi2, abah jadi tak tahan.
Satu hari abah pasang strategi macam mana nak ajar budak2 ini biar hormat sikit kat orang tua. Jadi waktu diaorang sedang basuh badan dalam bilik air itu, abah dah tutup pintu dari luar..kiranya terkurunglah budak2 dalam itu. Kebetulan adalah dua tiga orang yang tak sempat masuk. Apa lagi, diaorang pun larilah lintang pukang cari pertolongan…hehehe
Selang beberapa minit dia orang datang dengan geng2 kecik diaorang..hahaha…mohon atuknya keluarkan budak2 dalam bilik air itu…jadilah sesi nasihat yang panjang. Sejak dari hari itu, kalau diaorang jadi rapat dengan atuk. Yang aku perasan, kalau nak apa2 mesti cari atuk untuk minta izin… hari itu mak buat kenduri dekat rumah. Aku tengok budak2 itulah juga yang tolong basuh pinggan mangkuk kat rumah itu.
Mungkin cara abah nak nasihat itu agak ekstrem tapi dari segi keberkesanan cukup berkesanlah. Sebabnya budak2 itu pun semakin hormat dekat orang tua. Abah selalu pesan kat aku, agar hormat dekat orang lebih tua. Kalau aku terbaran sikit dia akan nasihat. Selalunya nasihat abah memang berdesup sampai ke lubuk hati…huhuhu…