cuti sekolah

Cuti Sekolah 2023 Bawa Anak Memancing Di Laman Desa Agro, Tanjung Karang

Cuti sekolah ibarat acara tahunan untuk bawa anak-anak bercuti, melancong mahupun lakukan aktiviti fizikal seperti memancing.

Pengalaman memancing ikan keli dan ikan puyu di Laman Desa Agro Trading di Tanjung Karang dengan di kelilingi sawah padi membuatkan anak-anak teruja. Boleh semak tarikh cuti sekolah 2023 anak-anak di sini.

Manakan tidak, ini pertama kali mereka memancing ikan di kolam yang berdekatan dengan sawah padi. Cuma waktu itu bukan musim padi menguning. 

Seronoknya Bawa Anak Memancing Waktu Cuti Sekolah

Cuti sekolah ke mana? Antara idea boleh dicuba bawa anak memancing ikan di laman pancing sawah padi.

Lokasi memancing ikan di Tanjung Karang sebenarnya ada banyak. Cuma, menurut kawan saya memancing di Desa Agro ini tak perlu bimbang balik tak bawa ikan.

Gerenti akan bawa balik ikan keli ataupun ikan puyu.

Asal letak je mata kail dalam air, mesti akan ada ikan keli yang menyambar. Malah, dari pagi sehingga petang masih tetap banyak ikan.

Mak-ayah ramai bawa anak-anak datang ke sini. Kiranya tempat ini viral juga lah. Sampai ada yang datang dari Gombak. 

cuti sekolah
Seronok Zarif, asal letak pancing sure dapat ikan keli.

Apa Yang Menarik Di Laman Desa Agro

Antara yang menarik memancing di sini dan mengapa ianya sesuai untuk bawa anak-anak ketika cuti sekolah 2023 bermula :

  • Ada tiga kolam memancing. Satu paling luas, kolam kedua dan ketiga sederhana besar. Sesuai untuk mak ayah mengawasi pergerakan anak-anak ketika memancing. 
  • Ada ruang untuk letak tikar dan bekal makanan. Cuma kawasannya sedikit lapang dan tidak berbumbung. Sila sediakan payung terutama di musim panas ini. 
  • Disediakan pancing untuk di sewa. Harganya RM1 untuk sekali sewaan. Jadi, tak perlu lah nak bawa pancing. Ada banyak, dan pancing itu sesuai untuk budak-budak pegang.
  • Ada ruang solat dan juga mini jualan makanan ringan. Contohnya; dadih.
  • Bayaran masuk adalah percuma. Jika mahu bawa balik ikan yang dipancing, ikan akan kira harganya ikut timbangan ikan. 
cuti sekolah

Jadi, kalau rasa dah cukup ikan tu. Tak perlulah nak memancing lagi dan lagi. Kesian pula dengan ikan yang dah dipancing kemudian dilepaskan.

Sedih sebab ada dua tiga ekor ikan terapung di permukaan air. 

cuti sekolah

Antara Ikan Yang Ada Di Kolam Memancing Desa Agro

Satu lagi yang menarik tentang ikan keli di kolam memancing ikan dekat Tanjung Karang ini, kelinya jenis putih. Dan baunya tidak hanyir.

Saya ini bukanlah pemakan ikan keli. Entahlah tak tau kenapa saya tak suka makan. Mungkin teringat kenangan kecil-kecil dulu yang tak best dengan ikan keli.

Tapi, bila memancing di sini. Bawa balik dan siang ikan keli tu terus, buat pulak keli masak lemak kencur. Ya Allah, dia punya sedap tu. Bertambahlah saya makannya.

Selain keli putih ini, ada beberapa jenis ikan yang boleh ada dekat situ. Antaranya :

  • Ikan puyu saiz kecil dan besar
  • Ikan talapia
  • Ikan sungai
cuti sekolah

Jika mahu menginap bolehlah cari homestay berdekatan di sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor ini. Cantik tau suasana kelilingnya.

Dapat menginap di homestay Tanjung Karang atau homestay Kuala Selangor lagilah seronok. Boleh juga bawa anak-anak ke tempat menarik di Tanjung Karang dan kawasan sekitarnya.

Waktu saya nak sampai ke lokasi pun ada banyak burung bangau berterbangan. Haih! memang cantiklah kalau nak ambil video atau buat OOTD di sekelilingnya.

Rujuk sini untuk search map ke Laman Desa Agro Trading

Tags:

One Response

  1. SR June 28, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!