Pagi-pagi buta ini saya mahu berkongsi pengalaman menjadi juru alih suara untuk siri kartun yang bakal diterbitkan di RTM bulan Januari nanti. (Insyaallah). Kartun-kartun comel hasil karya adik sebilik saya waktu di UiTM ini cute-cute belaka. Saya sendiri terpesona dengan karektor comel yang dibangunkan dalam siri kartun Ke Zoo ini.
Watak saya dalam siri animasi itu menjadi beruang comel aka Ct Madu yang mahu ambil tahu semua perkara. Wah! Teruja bukan main saya. Ini impian saya waktu zaman kanak-kanak lagi.
Kartun Ct Madu Ke Zoo
Suatu ketika, saya berchit chat dengan pelukis kartun yang manis ini, Cidot. Minta dia panggil saya jika ada peluang untuk saya ‘menggedik’ mengalih suara siri animasi.
Terasa impian waktu kanak-kanak sudah terlaksana. Bukan senang sebenarnya, lebih banyak gelak dari melontar suara. Kedudukan badan kena betul, emosi perlu tepat malah gaya percakapan juga perlu direka (jika perlu).
Yang pasti hari itu saya seronok melakukannya! Semoga saya ada peluang untuk melakukannya sekali lagi.
Nampak kerja-kerja alih suara ini macam senang, tapi berkali jugalah Cidot minta saya ulang semula. 🙂 |
Pastikan Entri Tidak Terkubur
Entri ini sudah tertangguh lama. Terperam dalam fail ‘belog’ yang memang saya sediakan khas untuk menyimpan material yang boleh saya gunakan apabila keputusan idea kelak. Ya, jika kita tidak sempat untuk menulis, jangan pula abaikan maklumat yang diperoleh di depan mata. Ambil dan simpan di tempat khas.
Jika ada telefon android atau tablet, simpan kemas-kemas dalam itu. Suatu hari nanti, ia pasti berguna. Kadangkala, ketika semangat berkobar-kobar mahu menulis, minda kita pula tidak dapat berfikir apatah lagi melontarkan idea yang mahu disampaikan. Masa inilah pentingnya maklumat yang kita simpan itu.
Gunakan di kala terdesak dan sesak. Tengok apa yang menarik pada gambar atau maklumat itu. Cuba ingat peristiwa apa yang terjadi yang melibatkan diri kita, di mana ia berlaku, bila dan bagaimana pengakhiran peristiwa itu. Kadangkala kita rasa cerita kita itu biasa-biasa sahaja.
Namun, anda sendiri pasti akan terkejut apabila orang lain merasakan ianya adalah satu cerita yang cukup luar biasa. Mengapa terjadi begitu? Pertama, tak semua orang boleh merasai apa yang kita rasa. Sebab itulah, kita perlu berkongsi pengalaman itu. Bukan untuk tujuan riak, tapi lebih pada pembelajaran.
Agar, mereka yang tidak pernah merasa pengalaman itu boleh mendapat pengajaran daripada perkongsian kita. Jika suatu hari nanti mereka berpeluang merasainya, sekurang-kurangnya mereka sudah ada idea apa yang perlu dibuat dan bagaimana berhadapan dengan situasi.
mesti suara kak net comel mcm watak ct madu tu kan???
Haha… comel2. boleh tak masuk bakul angkat sendiri macam ini? hehe.. gelak pun comel.. acane tu?