Punyalah lucu, selama saya hidup, baru tahu yang roti Bonanza Keluarga itu keluaran Gardenia. Malah, roti Gardenia Bonanza ini sama ketinggian saiz peknya dengan roti gardenia Classic Jumbo.
Baik roti bonanza mahupun roti classic, keduanya adalah jenis roti putih. Memandangkan baru kewujudan roti gardenia Bonanza ini, maka saya pun mencarilah ciri-ciri perbezaan roti Bonanza gardenia ini dengan roti Classic Jumbo Gardenia. Menarik rupanya bila dah tahu ini.
Maka, gigihlah membeli kedua-dua jenis roti ini sebab nak berkongsi apa yang menarik mengenainya. Jom, sama-sama semak apa yang berbeza tentang kedua-dua jenis roti ini. Jadi, tidaklah ralat membeli.
Ini 5 Beza Roti Gardenia Bonanza Dan Classic Jumbo
Walaupun kedua-dua jenis roti ini adalah roti putih. daripada keluaran syarikat mahupun kilang yang sama. Tetapi keduanya ada lima perbezaan, iaitu.
Bahan Kandungan Dan Nutrisi Roti Putih
Sebagaimana yang dikongsikan pada pek roti putih gardenia ini, kandungan rotinya diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi (tanpa bahan pemutih), air bertapis, gula pasir, ragi, lemak sayuran (berasaskan kelapa sawit, tanpa penghidrogenan) dan sebagainya.
Cuma di dalam roti classic Jumbo ada mengandungi protein gandum, tetapi tidak pada roti gardenia bonanza.
Saiz Roti Dan Berat
Dari segi saiz rotinya juga berbeza. Roti Bonanza saiznya lebih kecil sedikit berbanding roti classic jumbo yang lebih besar. Yang mana, setiap hidangan roti classic seberat 63 gram, manakala roti bonanza beratnya 50 gram.
Mengikut kiraan kalori roti putih classic untuk 63 gram adalah 179kcal manakala roti bonanza untuk 50 gram adalah 141kcal berdasarkan 2000kcal.
Setiap satu buku roti Gardenia Classic Jumbo mengandungi 20 keping roti. Begitu juga dengan roti Bonanza. Bagaimana pun, dari segi berat. Roti Classic Jumbo mempunyai berat bersih sebanyak 600 gram berbanding roti bonanza cuma 500 gram.
Harga Roti Gardenia Bonanza Tak Sama Dengan Roti Gardenia Classic Jumbo
Harga bagi satu buku roti classic adalah RM4.30 manakala harga roti bonanza adalah RM2.75. Berbezaan harga ini bergantung juga kepada berat dan saiz roti putih baik classic mahupun bonanza yang ditawarkan di pasaran.
Yang mana, harga jualan roti bonanza lebih rendah malah setiap 100gram roti harganya baru 55 sen. Berbanding roti classic Jumbo untuk 100 gram roti putihnya anggaran harganya adalah 71 sen.
Roti gardenia juga mengeluarkan original classic seberat 400 gram pada harga RM3. Bermakna, untuk pek ini, bagi 100gram roti putihnya berharga 75 sen.
Sasaran Pembeli Roti Gardenia Bonanza Keluarga & Classic Jumbo
Roti gardenia Bonanza Keluarga ini menawarkan pembelian jimat lagi berbaloi untuk keluarga besar. Manakala, classic jumbo yang menerapkan slogan ‘sungguh enak dimakan begitu saja’ menjadikannya roti kegemaran rakyat Malaysia.
Variasi Roti Putih Gardenia
Dalam pilihan roti classic gardenia, terdapat 3 jenis roti yang boleh dinikmati secara harian iaitu roti putih original classic 400 gram, roti classic jumbo 600 gram dan roti original classic frankfurter. Berbeza dengan bonanza keluarga yang cuma terhad kepada roti putih semata.
Mana Satu Jadi Pilihan, Bonanza Keluarga Atau Classic Jumbo
Berdasarkan percubaan kami anak beranak, dari segi rasa dan tekstur baik roti putih classic mahupun roti putih bonanza, kedua-duanya tiada banyak perbezaan yang ketara.
Teksturnya tetap lembut, ada rasa masin dan manis berlemak.
Cuma yang paling ketara adalah dari segi saiznya. Jika mahukan setiap anak mendapat roti putih yang lebih, bolehlah memberikan roti classic Jumbo. Ini kerana, saiznya yang lebih besar.
Berbanding roti bonanza keluarga saiznya sedikit kecil. Sesuailah dengan harga dan berat yang ditawarkan. Namun, tidak rugi sebenarnya membeli bonanza ini. Bagi keluarga besar, amat berbaloi sebenarnya. Percayalah! rasanya tak jauh beza daripada roti gardenia yang biasa kita beli itu.
kat tempat saya di Tanah Merah, Kelantan ni cuma ada roti Classis je. Terpaksa la beli. Dulu2 ada je versi Jumbo ni. Sedih tul sbb tiada pilihan yg lebih murah…
Baru perasan rupanya ada beza, ingatkan sama sahaja selama ni 🙂
Tak perasan pulak roti bonanza tu tapi roti classic jumbo selalu la jumpa.
Saya baru tahu yang roti bonanza ni ada hari-hari tertentu diletak di pasaraya.