Aku Dan Wartawan I

Pose tak hengat dengan Intan yang cantik :))))
Aku dan wartawan. Salam pagi Khamis. Cepatnya masa berlalu. Tempoh hari terkocoh2 menyiapkan bumper MW. Ini dah sampai pula masanya untuk menyudahkan kerja2 advance untuk keluaran biasa sepanjang Hari Raya. Tak taulah macam mana ‘life’ aku nanti. Dengan dua kali deadline dalam seminggu. Fuh! Mencabar minda betul. Pastinya aku dah mula tak de waktu rehat. Huhuhu…sedihnya..Kadangkala bila fikir sangat bab2 kerja boleh tertekan sampai nak bernafas pun tak boleh. Kadangkala ada juga yang sampai tak tidur malam dan terngigau2 macam orang mabuk cinta. Puncanya bila ‘bahan’ yang diperlukan untuk minggu itu tak dapat lagi diperoleh. (Orang2 kebanyakan tak faham rasanya maksud aku nih..hehehe). ‘Bahan’ tu maksudnya orang yang nak ditemuramah yang kemudiannya akan disiarkan dalam majalah kami. Contohnya orang kenamaan ke, artis ke, kuih-muih ke. Inilah cabarannya, sama ada orang itu enggan ditemuramah atau ada hal2 lain yang berbangkit.

Selalunya bila benda2 macam ini terjadi, yang peningnya wartawanlah. Lebih2 lagi bila deadline dan semakin hampir. Suntuk benarlah kiranya. Kalau tak ada orang macam mana? Takkan nak letak muka sendiri kat ruangan itu? Oh! Tidakkkk…macam mana cara sekalipun ruangan itu perlu diisi. Di sinilah letaknya kreativiti seorang wartawan. Perlu ada banyak ‘plan’ untuk menyelesaikannya. Kadangkala idea itu tak logik dek akal pun ada. Tapi asalkan ianya berbaloi, jalan sahaja.

Cerita part mencabar memang menggerunkan. Tapi kerja wartawan ini seronok ++++ sebab… ia mematangkan diri kita. Dari seorang yang tidak berapa pandai membuat keputusan, kita belajar dan belajar untuk membuat keputusan yang bukan sahaja memberi kesejahteraan kat diri sendiri tapi juga kepada ramai orang. Ada juga masanya jadi best bila orang hargai apa yang kita buat. Tapi sayang juga ya, bila ada orang luar yang tak berapa faham kerja kami dan meng’underestimate’kannya.

Yang pasti, selepas hampir bertahun2 aku bergelar wartawan aku mulai seronok dan menghayati pekerjaan aku ini. Ia lebih daripada itu, kehidupan aku ini sebenarnya. Aku memulakan kerjaya ini dengan zero. Dulu masa orang kata masuk mass comm aku pun masuklah. Kebetulan sijil STPM itu layak untuk aku pilih bidang ini. Belajar dekat 3 tahun tapi masih tak berapa nak faham gak. Kerja pula di Karangkraf. Kerja sajalah, tapi tiada jiwa dan macam2 perkara birokrasi buatkan aku bosan giler dengan kerjaya ini.

Alhamdulillah, lama kelamaan, dunia ini dah sebati. Satu persatu ia membuatkan aku bahagia. Setiap hari juga aku akan ingatkan diri, betapa aku seronok dan menghargai apa yang aku perolehi ini. Bukan semua orang boleh dapat peluang sebegini kan? Tapi dalam pada itu, aku seronok juga menerokai bidang2 lain. Bermain2 dengan photoshop (itu ada sikit macam grafikkan), mengambil gambar (juga terasa macam fotographer). Tapi tak adalah sampai nak jadi grafik designer atau fotographer..cuma bila kita faham tentangnya serba sedikit ia memudahkan kerja kita sebagai wartawan. Hmm, seribu satu malam tak habis kalau nak cerita benda ini.

Memandangkan en Yem nak gi kursus pagi ini. Terpaksa entri ini dihentikan buat seketika. Lain kali sambung lagi ya.

(Cerita ini berdasarkan pengalaman aku sebagai wartawan di Karangkraf dan pelajar ITM dihatiku)

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!