baju kurung songket moden

Baju Kurung Songket Moden Carlanisa Tak Panas, Selesa Awesome Digayakan Aidilfitri 2023

Cantik sungguh baju kurung songket moden butik Carlanisa ini. Bertambah selesa ready made baju kurung songket tenun daripada fabrik kapas.

Sebab itulah, rekaan pakaian sulam bermotif songket ini tetap selesa dipakai dalam suasana Aidilfitri yang bakal menjelang tak berapa lama lagi.

Teruja bila mana pengasas Carlanisa, Khairunnisa Hassan, 36 berkongsi inspirasi disebalik penghasilan design baju songket busana Hari Raya ini.

Inspirasi Baju Kurung Songket Moden Carlanisa

Biasanya baju songket ini dipakai oleh pasangan pengantin yang menjadi raja sehari. Jangan tak tahu, busana raya fabrik songket Carlanisa yang diperbuat daripada fabrik kapas ini. Membolehkan baju raya ini dipakai pada musim perayaan Aidilfitri.

Jadi, tidaklah baju kurung ready to wear moden ini panas semasa dipakai. Malah, lebih lembut dan sesuai untuk pakaian harian anda.

Bolehlah rujuk sini untuk ketahui tema warna baju raya yang sesuai untuk tahun ini.

baju kurung songket

Jangan tak tahu, sekali pandang baju raya songket ini terserlah macam kain tenunan songket pada baju pengantin.

Lagipun, songket ini ada peminatnya yang tersendiri. Ia bukan sekadar cantik, malah kelihatan mewah dan klasik.

Baju kurung songket moden Carlanisa ini didatangkan dengan rekaan sedia dipakai iaitu,

  • Baju kurung moden
  • Baju kurung Riau

Kedua-duanya mempunyai potongan saiz standard daripada saiz XS hingga saiz XXXL. Ada juga untuk saiz slim fit daripada XS hingga XXL

Baca juga : Selesanya kasut lucca vudor, mewah bila dipakai

baju kurung songket moden

Design Baju Songket Ilham Pengasas Carlanisa Sendiri

Baju kurung songket untuk Aidilfitri 2023 kali ini direka sendiri oleh suami Khairunnisa. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Carlanisa, Muhammad Waqas Muhammad Afzal, 37 tahun.

Baju kurung songket simple yang direka ini juga menampilkan design yang lebih minalis yang wow!

Seperti yang dikongsikan perekanya, kain songket bermotif penuh dijadikan sebagai bahagian ‘skirt’ manakala sebahagian motif kain itu diambil sebagai corak bahagian baju.

Untuk koleksi baju raya Syawal 2023 ini, 8000 pasang baju kurung moden songket dan baju kurung Riau songket dan sulam kapas berjaya dihasilkan untuk pelanggan sepanjang Ramadhan ini.

Sebelumnya, Aidilfitri 2022 cuma 4000 baju raya songket yang dihasilkan oleh Carlanisa.

Bukan itu saja, butik Carlanisa ini turut mengeluarkan koleksi baju raya lelaki iaitu kurta. Tentunya, koleksi ini juga mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

Sebanyak 1200 helai kurta dijual pada harga cuma RM69 sehelai. Dan kini tinggal 500 helai saja yang ada.” Haa.. nak kena cepat-cepat jejaklah ya.

Boleh tahan murah juga harga kurta lelaki Carlanisa ini.

Warna tema baju raya sedondon untuk Aidilfitri akan datang juga antara idea yang bakal diketengahkan oleh butik Carlanisa ini.

Pelanggan lebih senang hendak membuat pilihan sebaik melangkaj ke butik. “Mereka dapat beli terus baju Hari Raya sedondon untuk seisi keluarga.”

Baca juga : kasut raya perempuan 2023

baju kurung songket carlanisa

Harga Baju Kurung Songket Moden Carlanisa

Untuk memudahkan anda membuat pembelian. Dikongsikan harga baju raya dari butik Carlanisa yang ada di Bangi dan Shah Alam ini.

Harga baju raya Carlanisa ini antara RM99 hingga RM258 sepasang.

Butik Carlanisa juga ketika ini sedang giat mencari stokis di setiap negeri.

Lokasi Butik Carlanisa ini boleh anda temui di Butik Carlanisa Bangi dan cawangan kedai di bahagian Tempat Orang Lokal (TOL) Kompleks PKNS Shah Alam.

Untuk anda yang sedang mencari baju raya bermotifkan baju kurung songket moden, boleh layari,

Website : https://carlanisa.com/
Facebook : CarlanisaOfficial
Instagram : carlanisa.my
TikTok : carlanisa.my
Shopee Mall : carlanisa.my

Read More

7 Comments

  1. Marina April 16, 2023
  2. Mama Reen April 17, 2023
  3. SR April 19, 2023
  4. Bonde Zaidalifah April 20, 2023
  5. Shida Rahmat April 23, 2023
  6. MrsPip April 23, 2023
  7. Nina April 26, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!