Antara penulis yang hadir, Dr Tuah, Dr Azhar, Eddy Rosyadie, Dr Muhammad Jantan, Cik B dan Dr Rusmini Maris.
Mereka ini antara penyumbang yang besar dalam majalah Mingguan Wanita. Saban minggu banyak sekali maklumat berguna yang akan mereka sampaikan dalam ruangan masing-masing.
Ruangan mereka itu dikendalikan oleh Ketua Wartawan MW, Almaswa Che Ros. Mereka pun macam wartawan gak, setiap minggu perlu memenuhi deadline yang kami tetapkan.
Kalau MW kena wat kerja advance, mereka pun sama gak… kiranya hebatlah penulis-penulis nih… bukan senang nak terkejar-kejar sama menulis bahan berita macam kami ni..wah angkat bakul sudahhh…Dan yang paling seronok, tak lama lepas event 30 tahun MW dan selesainya majlis MW bersama Slimworld, Wawa (wartawan yang kelola colum Catatan Perjalanan) itupun selamat melahirkan anak ketiganya. Nampaknya kami dah tambah sorang lagi anak sedara perempuan, amin…
Kata kak Nuri majlis yang kita buat tu softlaunced je..nanti akan ada yang betul-betul sambutan semeriah-meriah alam pada bulan Januari tahun depan… hm…sekarang ini pun deadline bumper raya dah semakin menghampiri… wah! cam tak menang tangan…
Moga aku terus diberikan kekuatan olehNya… amin…