kitsui 39 superfood

Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement : Pengganti Makanan Terbaik Awesome Kaya Nutrisi

Pernahkah anda terfikir untuk menggantikan makanan harian dengan sesuatu yang memberi nutrisi lengkap tanpa kehilangan rasa nikmat makan? Itulah yang ditawarkan oleh Produk Kesihatan Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement. 

Ianya dapat memenuhi keperluan nutrisi harian anda. Apabila anda menikmati minuman ini dalam fasa mahu menurunkan berat badan. Tak perlu bimbang perut akan berasa lapar sepanjang masa.

Nutrisi yang cukup itu membolehkan anda berasa kenyang sepanjang hari. Tidaklah nanti anda ‘food craving’ mahu makan yang bukan-bukan lagi.

Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement Review

Apa itu Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement? Sebagai pengganti makanan sarapan, makan tengahari atau malam anda, minuman meal replacement ini diperkata dengan bahan semulajadi yang diperlukan oleh tubuh.

Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement ini adalah makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak. 

Produk suplemen kesihatan ini dihasilkan dengan campuran minuman semulajadi yang diperkaya dengan Beta-Glucan BG25, biji bunga matahari Quinoa, beras perang mutiara Jepun, serbuk oat, spirulina, sacha inchi (omega 3,6,9) malah pre biotic (10 billion CFU). 

Satu kotak Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement ini yang ada di pasaran ini mengandungi 15 sachet dan setiap sachet mengandungi 30 gram suplemen.

Baca juga : jenama kitsui dipercayai pengguna, produk paling laris di Watson

kitsui 39 superfood

Kandungan Vitamin Dalam Meal Replacement Terbaik Terbaru Kitsui

Dengan adanya bahan SuperFood ini menjadikan minuman ini sebagai Makanan Tambahan yang dapat membantu mengurangkan masalah gula tinggi dalam darah. Malah, mengurangkan masalah kolesterol, dan juga mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.  

Sekaligus membekalkan tenaga dalam tubuh anda ketika anda sedang berdiet. Ini kelebihan setiap nutrisi SuperFood yang ada pada minuman ini.

  • Serbuk oat : sumber fiber, protein dan terdapat pelbagai mikronutrien.
  • Spirulina : makanan superfoof yang kaya nutrien yang berasal dari alga biru-hijau yang berupaya menyediakan pelbagai nutrien bermanfaat untuk diet yang sihat.
  • Sanchi Inchi 3,6,9 : sumber makanan yang berasaskan tumbuhan yang kaya asid lemak omega 3, 6 dan 9. 
  • Pre & Probiotic : mengandungi 10billion serat prebiotik CFU yang boleh menyokong kesihatan usus dan meningkatkan penyerapan kalsium.

Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement adalah produk inovatif yang dirumus khas untuk menggantikan makanan dengan nutrisi lengkap. Dirangka dengan campuran ramuan semulajadi, ia menyediakan keperluan nutrisi harian dalam satu hidangan yang mudah dan pantas.

Pengalaman Consume Kitsui 39 Superfood Meal Replacement

Sebelum ini saya pernah mencuba Meal Replacement Kitsui berperisa chocolate. Kali ini mencuba pula produk terkini 39 Superfood dari Kitsui.

Minuman ini boleh saya consume di waktu pagi iaitu ketika bersarapan. Dan saya mencubanya juga pada sebelah malam. Ketika mana perut lapar, tapi tak mahu makan nasi, jadi bolehlah alas perut dengan superfool meal replacement ini.

Perut pun masih terasa kenyang. Lagi pun ini juga mengandungi vitamin untuk tenaga. Boleh jadi resepi diet untuk sesiapa yang mahu mencubanya.

kitsui 39 superfood

Kebaikan Kitsui Meal Replacement (39 SuperFood Meal Replacement)

Mengandungi nutrien lengkap. Iaitu terdapat 39 bijirin dan herba pada setiap sachet Kitsui 39 superfood Meal Replacement. Malah, minuman ini juga menyediakan pelbagai jenis nutrien penting, vitamin, dan mineral yang membantu menggalakkan tenaga, stamina, kesihatan dan kesejahteraan.

Baik Untuk Kesihatan Jantung

Sacha Inchi ini juga adalah sumber sokongan acid lemak omega 3, 6, dan 9  yang baik untuk kesihatan jantung, fungsi otak dan kesihatan tulang yang mempunyai manfaat menyeluruh untuk kawasan penting ini. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol

Tiada Gula Tambahan

Perlu anda ketahui Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement ini juga tidak mengandungi gula tambahan. Ini kerana Beta-Glucan BG25 membantu mengawal paras gula dalam badan secara semulajadi. KITSUI 39 SuperFood Multigrain juga tidak mengandungi gula tambahan. Membantu menurunkan gula dalam darah. 

Menyokong Kesihatan Mata

Produk multigrain yang terdapat di dalamnya mengandungi bahan-bahan seperti Spirulina dan vitamin C, yang membantu membekalkan antioksidan dan nutrien penting bagi menyokong kesihatan mata.

Membantu Kesihatan Pencernaan Dan Sokongan Imuniti

Bahan semulajadi Prebiotik (10 Bilion CFU) dan Spirulina inilah yang membantu menggalakkan usus yang sihat serta membantu dalam penghadaman, dan menyokong imunisasi dalam badan. 

Gabungan ini memberikan kesihatan penghadaman dan peningkatan imuniti dengan lebih baik. 

Selain itu, minuman suplemen ini juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti dan membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang. 

Kandungan Bahan Utama Pada Setiap Sachet

Bahan Utama SuperFood Meal ReplacementManfaat
39 Bijirin & Herba• Kaya dengan serat makanan.
• Kaya dengan protein sayuran.
• Membekalkan tenaga untuk badan.
Sacha Inci (Omega 3, 6, 9)• Kaya dengan Antioksidan.
• Membantu meningkatkan sistem imuniti.
Spirulina• Kaya dengan antioksidan.
• Membantu meningkatkan sistem imun.
17 jenis Vitamin dan Mineral• Membantu mengekalkan fungsi fisiologi kesihatan.
• Kaya dengan antioksidan.
• Membantu menyokong sistem imuniti.
Prebiotics (10 Billion CFU)• Membantu mengekalkan kesihatan usus.
• Membantu meningkatkan imuniti badan.
• Membantu menggalakkan penyerapan kalsium.
Kandungan bahan utama dalam produk Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement pada setiap sachet.

Meal Replacement ini juga diformulasikan secara komprehensif dan menghasilkan kualiti suplemen yang premium. Bijirin dan herba semulajadi yang terdapat di dalamnya mengandungi nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

Sebagaimana yang anda sedia maklum, ianya juga kaya dengan serat pemakanan, prebiotik dan omega 3, 6, 9. Malah mengandungi kalsium, magnesium, zat besi, zink dan biramin A, B, C, dan D. 

Formula khas rendah lemak dan rendah gula menjadikannnya minuman rendah kalori yang sesuai untuk diet harian anda. 

kitsui 39 superfood

Siapa Sesuai Ambil Suplemen 39 SuperFood Meal Replacement

Minuman yang diperkaya dengan nutrisi ini sesuai untuk dinikmati oleh : 

  • Dewasa dan Warga Emas
  • Sesuai utk sekeluarga 
  • Masalah Gula Tinggi dalam Darah 
  • Masalah Tekanan Darah Tinggi 
  • Mahukan kesihatan Mata
  • Mengekalkan tulang yang sihat
  • Mereka yang menginginkan tenaga
  • Anda yang mencari kesihatan yang lebih baik

Cara Penggunaan Yang Disarankan

Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement mudah diambil, baik untuk penggantian hidangan utama atau sebagai minuman ringan yang sihat. Hanya dengan mencampurkan dengan air atau minuman kegemaran anda, anda boleh menikmati hidangan yang sihat di mana-mana sahaja.

Cara Minum Kitsui Meal Replacement (39 SuperFood Meal Replacement)

Sukatan penggunaannya : Masukkan 1 sachet 39 SuperFood Meal Replacement (30 gram) ke dalam 200ml ke 250 ml air sejuk/suam. Goncang sehingga larut dan minum dengan segera. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus, smoothie atau apa sahaja yang anda suka.

Pendapat peribadi saya, lebih sedap jika dinikmati dengan air sejuk (dingin) akan terasa lebih nikmat sedapnya. 

Untuk kesan yang lebih baik, amalkan pemakanan yang seimbang dan pastikan anda melakukan senaman harian. 

kitsui 39 superfood

Info Tentang Jenama Kitsui

Kitsui adalah jenama suplemen kesihatan yang dipercayai dan popular di Malaysia selama lebih 20 tahun. Jenama Kitsui ini mengutamakan kawalan kualiti dan mematuhi piawaian industri seperti ISO, HACCP dan GMP untuk memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti tertinggi.

Setiap produk Kitsui menggunakan bahan berasaskan tumbuhan, yang menjadikannya selamat untuk dimakan dan sesuai untuk individu yang mempunyai sekatan atau keutamaan diet seperti vegetarian dan vegan.

kitsui 39 superfood

Antara rangkaian produk yang terdapat di bawah jenama Kitsui adalah kitsui meal replacement plus, Kitsui Whitie Snow, Kitsui Collagen 6000mg + L-Glutamine dan Kitsui Bellos Fiber.

Malah, anda tidak perlu bimbang untuk meminumnya. Kerana jenama ini disahkan Halal, tentunya pengguna Islam boleh menggunakan produk Kitsui dengan yakin.

Banyak sebenarnya testimoni positif daripada pelanggan yang berpuas hati malah membuktikan keberkesanan produk Kitsui dalam mencapai hasil yang diinginkan seperti peningkatan tenaga, penghadaman yang lebih baik dan kesihatan keseluruhan yang lebih baik.

kitsui 39 superfood

Untuk pengetahuan, Kitsui telah menerima pelbagai anugerah untuk produk berkualiti mereka, termasuk Brand Laureate, Anugerah Asia Halal, Watson Top Brand, dan Superhealth Brand.

Anugerah ini menjadi bukti komitmen Kitsui untuk menyediakan makanan tambahan kesihatan yang selamat, berkesan dan berkualiti tinggi kepada pengguna.

Pengiktirafan daripada anugerah ini juga mempamerkan kepercayaan dan sokongan yang Kitsui peroleh daripada pelanggan dan pakar industri.

Dedikasi Kitsui terhadap kualiti dan kecemerlangan telah menjadikan mereka jenama yang bereputasi dan dihormati dalam industri suplemen kesihatan.

kitsui 39 superfood

Mana Mahu Mendapatkan Produk Kitsui

Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement dan produk suplemen Kitsui yang lainnya boleh didapati dipelbagai platform jualan dalam talian serta di kedai kesihatan terpilih. Pelbagai pilihan pembelian dan pakej disediakan untuk memenuhi keperluan pengguna.

Kesimpulan

Produk Kesihatan Kitsui 39 SuperFood Meal Replacement adalah pilihan yang berbaloi bagi mereka yang mementingkan kebaikan kesihatan tanpa mengabaikan kenikmatan dalam setiap suapan makanan. Ia menawarkan cara yang mudah dan berkhasiat untuk menyokong gaya hidup sihat.

Untuk info selanjutnya berkenaan produk, anda boleh layari laman web: kitsui

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!