Ada pengguna MAE eMadani Maybank meluahkan masalah yang dihadapi ketika mahu scan QR code dari aplikasi perbankan itu. Ini solusinya.
Ada yang kata lebih baik claim dari Touch n Go atau ShopeePay atau Setel kerana cara guna RM100 eMadani jauh lebih mudah.
Bagi yang dah claim emadani MAE RM100 dan belum guna lagi eMadani MAE ini. Saya kongsikan cara betul nak guna aplikasi MAE Maybank untuk eMadani ini.
Cara Guna MAE eMadani Dengan Betul
Dikongsikan juga info bergambar untuk memudahkan pemahaman anda.
Langkah 1 : Jadikan MAE Wallet sebagai Primary Account
- Sekiranya akaun primary adalah SAVING ACCOUNT. Sila tukar setting ini dahulu. Pada bahagian Account – Savings Account-i Maybank tekan simbol seakan kad (dalam bulatan merah).
- Tekan MANAGE – tutup centang ‘Set as Primary’ warna hijau tu.
- Jadikan MAE Wallet sebagai Primary Account dan tekan confirm.
- Saya tinggalkan RM10 dalam MAE Wallet.
Langkah 2 : Pastikan Tebus Kredit Dari Ikon eMadani MAE Sahaja
- Semasa hendak membuat pembayaran di kedai. Buka ikon eMadani.
- Tekan ‘use eMADANI’ yang berwarna kuning
- Pada bahagian Scan & Pay anda ada 2 pilihan sama ada mahu scan QR code atau show QR code.
- Jika memilih untuk show QR code. Pastikan ada MAE Wallet/Savings Account dan button eMADANI adalah berwarna hijau.
MAE eMADANI Problem
Sebenarnya boleh saja untuk tidak menukar setting MAE eWallet. Dan membiarkan ‘savings account’ as primary account untuk urusan penebusan eMadani ini. Cuma, ada sesetengah penguna yang alami ditolak savings account semasa scan QR kredit eMadani.
Jika onkan MAE Wallet as primary account paling tidak, jika gagal akan keluar notifikasi ‘insufficient balance’. Jadi, akaun simpanan tidak akan berusik.
Kadangkala terjadi juga MAE eMadani problem, barangkali sistem Maybank tergendala ketika itu berikutan ramainya yang mahu menuntut penebusan kredit eMadani.
Baca juga : lesen memandu : Cara Memohon, Harga 2023 Di Malaysia
Cara Aktifkan MAE Wallet Maybank
Bagi anda yang belum mengaktifkan MAE Wallet boleh cuba cara mudah ini.
- Pada bahagian MAE Wallet – tekan butang NEXT.
- Isikan alamat emel. Boleh biarkan kosong pada bahagian ‘Maybank branch code’ – tekan butang CONTINUE.
- Tandakan butang ‘YES, I expressly…’ dan klik button di ‘Terms & Conditions’. Tekan CONTINUE.
- Tekan ‘DONE’ dan MAE Wallet anda sudah boleh digunakan.
Jika anda memerlukan kad MAE bolehlah klik pada ‘get a MAE card’. Bagaimanapun cas sebanyak RM8 akan dikenakan untuk proses pengeluaran kad.
Read More
Follow fanpage : Netty Ah Hiyer Tulis