Apabila bercakap tentang program diet penurunan berat badan, jenama Kitsui tentunya menjadi list teratas dalam senarai pencarian pengguna.
Tentunya Kitsui top brand selling di Watsons mahupun Guardian. Bermakna, inilah produk penurunan berat badan selamat yang dicari oleh pengguna di Malaysia.
Malah, saya sendiri pernah mencuba program Kitsui Meal Replacement Plus dan berkongsi Kitsui Review di blog ini. Dan kali ini sekali lagi saya kongsikan mengapa jenama ini menjadi trusted brand di kalangan penggunanya.
Jenama Suplemen Kesihatan Yang Dipercayai Pengguna
Program penurunan berat badan yang diperkenalkan mendapat kepercayaan di kalangan pengguna. Ini kerana, mereka meyakini keberkesanan produk suplemen Kitsui.
Produk vitamin ini bukan semata satu alternatif menurunkan berat badan seseorang. Malah, membantu pengamalnya memperoleh diet yang seimbang.
Disamping kebaikan yang banyak kepada pengguna, jenama suplemen kesihatan itu sendiri begitu menjaga kualiti pembuatan produk kesihatannya.
Pembuatannya melalui tahap kawalan kualiti yang sempurna. Sehingga mendapat pengiktifaran daripada ISO, HACPP dan GMP. Setiap produknya juga dibangunkan dengan menggunakan bahan-bahan kandungan berasaskan tumbuhan semulajadi.
Sebab itulah, setiap pengambilan suplemen produk kesihatan ini selamat dan tidak bahaya.
Bagi mereka yang sedang menjalani pengambilan pemakanan diet yang seimbang, tidak perlu berasa was-was untuk bersama program dietnya.
Apatah lagi, selain lulus ujian makmal, setiap produknya juga diiktiraf dengan Sijil Halal. Ia juga mempunyai pelbagai dan banyak testimoni terpercaya di kalangan penggunanya yang sudah mencuba dan mengamalkan.
Kitsui Selamat, Diiktiraf Asia Halal Brand Awards
Pelbagai pengiktirafan diperoleh produk rangkaian penjagaan kesihatan ini di peringkat antarabangsa. Antaranya, pengiktirafan Halal di Asia Halal Brand Award 2019 malah anugerah The World’s SME’s Best Brands (Sustainable & Inspirational Awards) di The World Brands Foundation – The Brand Laureate 2022-2023.
Dengan standard pengilangan yang terbaik menjadikannya satu jenama yang dipercayai dan memiliki reputasi yang baik di kalangan penggunanya.
Sokongan pengguna menjadikan jenama produk kecantikan nombor satu ini antara yang terjual paling laris di farmasi besar seluruh Malaysia iaitu di Watsons dan Guardian.
Untuk pengetahuan, produk suplemen kesihatan ini merupakan satu jenama tempatan yang sudah lebih 20 tahun bertapak di negara ini.
Produk Kitsui Dan Fungsinya
Di bawah jenama ini terdapat tiga produk suplemen yang diperkenalkan iaitu Kitsui Meal Replacement Plus, Kitsui Belloss Fiber dan Kitsui Collagen White 6000mg.
Produknya juga berkesan membantu meningkatkan tenaga pengguna, membantu masalah pencernaan malah membantu menghasilkan kulit yang cantik.
Untuk anda yang mahu mencuba fahamkan dahulu setiap produk vitamin jenama ini dan fungsi setiapnya.
Suplemen-suplemen ini dibekalkan dalam bentuk sachet yang mudah untuk dibawa ke mana-mana hatta dalam beg tangan sekalipun.
Malah, anda boleh nikmati pada bila-bila masa dan di mana saja ikut keperluan peribadi.
KITSUI Meal Replacement Plus
Kitsui Meal Replacement Plus KMRP Choco Cookie & Cream ini merupakan program diet yang sangat rendah kalori. Ia dapat mengurangkan tenaga sehingga 800 kalori sehari.
Suplemen ini bukan saja membantu mendapatkan diet yang seimbang. Malah menambah tenaga daripada simpanan lemak sendiri.
Ianya mudah disediakan, malah KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan berlebihan.
Terbukti sangat berkesan dalam pengurusan obesiti.
KITSUI Bellos Fiber
Kitsui Bellos Fiber Detox hadir dengan kombinasi 9 jenis buah-buahan yang diperkaya dengan vitamin dan mineral. Setiap 15 gram sache membantu membersihkan semua toksin yang terkumpul dalam usus.
Detox ini bagus untuk membantu anda recaj balik sistem pencernaan dalam badan. Mudahlah nanti nutrisi untuk menyerap dengan lebih baik lagi.
Bagus untuk pengguna yang menghadapi masalah sembelit, mengempiskan perut buncit dan membantu menurunkan berat badan.
Diformulasi daripada bahan semulajadi iaitu nanas, epal, kiwi, lemon, timun dan bayam. Mempunyai rasa campuran buah-buahan dan sayur-sayuran yang sedap untuk diminum.
Antara produk detox terbaik di Watson.
Baca juga : Tempat menarik di Maran
KITSUI Collagen White
Anda yang tercari-cari kolagen terbaik di farmasi, boleh mencuba produk yang diperbuat dengan selamat ini. Malahan, antara produk collagen terbaik di Watson.
Setiap hari kolagen semulajadi dalam tubuh akan merosot dari semasa ke semasa. Sekaligus, memberikan tanda penuaan pada bahagian tertentu pada tubuh.
Misalnya, pada kantung mata, rambut gugur, kulit menjadi kasar dan kering malah kedutan.
Minuman produk Kitsui Collagen White membantu menghidrat, melicinkan dan menggebukan semula kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut dengan lebih baik dan menyokong kesihatan sendi dan tulang.
Malah, kelebihan lain adalah menghalang tanda-tanda penuaan dengan lebih baik lagi. Pengambilan satu sachet sehari membantu pengamalnya mendapatkan semula kulit awet muda yang lebih berseri.
sampai sekarang masih minum kitsui. sedap tak manis sangat. lawas je.