Cik Tasya kita

Entri ini untuk Tasya, anak buah aku yang agresif tapi baik hati orangnya. Malam sebelum ini aku ternampak gambar Tasya dan maknya, Kak Laila. Conteng sana-sini, nampak elok pula..terus rasa teringin nak masukkan dalam entri ini.

Satu cerita yang kelakar dan mungkin agak 18PL bila Tasya bergaduh dengan kawan sekolah dia di padang. Badan dia agak tinggi berbanding budak sebaya dengannya. Memandangkan budak perempuan itu mencabar dirinya, dia pun pakat dan ajak budak perempuan itu jumpa di padang sekolah. Bila dah bertemu jadilah pertelingkahan dan endingnya, dia menang. Katanya dia sempat seret sambil menarik rambut budak perempuan itu…hehehe…ganaskan? Tapi itu cerita lama, sekarang Tasya dah nak jadi mak orang pun. Perwatakannya jauh lebih lembut. Barangkali dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang pandai mengajarnya nilai kelembutan. Bertuah Tasya.


(entri ini tidak bermaksud apa2. Jangan pula ada yang salah faham ya.)

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!