Malam jumaat yang melemaukan

Hari ini hari Khamis. Malam ni pastinya malam Jumaat. Apa yang menarik di malam Jumaat? Macam boleh jadi di malam Jumaat.

Dulu waktu aku kecil2 nenek waima mak aku pesan jangan lupa kirim doa untuk arwah atuk yang dah tiada. Kata diaorang malam Jumaat arwah akan pulang dan tengok anak-cucu apa yang diaorang buat. Baikkah? Nakalkah?

Menginjak alam perkahwinan malam Jumaat diibaratkan sebagai ‘malam membunuh syaitan’. Siapa pernah dengar lawak tuh mesti faham maksud aku. hehehe..

Tapi bagi aku waktu sekarang ini, malam Jumaat jadi malam yang melemaukan. Sebabnya aku terperangkap dalam traffic jam yang melemaskan. Laluan ke Kampung Budiman tidak lagi setenang dulu. Banyak kenderaan, laluan makin kecil dan rumah naik macam tak ada perancangan. Janji duit masuk ke dalam poket pemaju dan tukang meluluskan projek.

Dan yang paling best, laki aku baru jer menyakat2 manja sepupu aku yang kat kereta sebelah nih. Bukan main lagi berhon2nya.. sekali sepupu sendiri. ahaks.

Leave a Reply

error: Content is protected !!