Bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2025 ini bakal menjadi detik yang tidak dilupakan buat rakyat Malaysia. Terutamanya peminat bola sepak. Ini kerana AEON MALL kembali dengan siri acara paling dinanti-nantikan oleh mereka, iaitu “Active Beat 3.0”.
Program penuh makna ini bukan sahaja menjanjikan kemeriahan Ketika membeli-belah, malah AEON memberi peluang eksklusif kepada pelanggannya untuk bertemu salah seorang ikon bola sepak dunia, Edwin van der Sar.
Ya, anda tidak tersilap membaca petikan ini. Lagenda penjaga gol Manchester United dan mantan ketua pasukan kebangsaan Belanda ini bakal turun padang di beberapa lokasi aeon mall di seluruh negara. Dan anda juga boleh menjadi salah seorang peserta yang bertuah untuk berjabat tangan dengannya.
Kisah Di Sebalik “Active Beat 3.0” – Lebih Dari Sekadar Acara Beli-Belah
Sejak diperkenalkan, siri Active Beat telah menjadi acara tahunan AEON MALL yang menggabungkan elemen gaya hidup sihat, komuniti dan hiburan. Namun pada tahun 2025, mereka menaikkan tahap acara ini menjadi lebih tinggi dengan menggabungkan dunia sukan dan hiburan melalui kehadiran Edwin van der Sar, seorang tokoh bola sepak yang bukan sahaja disegani atas padang, tetapi turut dihormati di luar padang.

Peluang Bertemu Lagenda – Hanya Dengan Berbelanja
Bayangkan peluang bertentang mata dan bergambar bersama penjaga gol yang pernah mengawal gawang untuk Manchester United dalam final Liga Juara-juara Eropah. Anda kini hanya perlukan selangkah lagi untuk menyaksikan pengalaman penuh bermakna di kempen Active Beat kali ini.
Untuk melayakkan diri menyertai sesi Meet & Greet bersama Edwin van der Sar, anda hanya perlu:
- Berbelanja minimum RM200 dan ke atas jika anda pemegang kad Maybank, atau
- RM280 dan ke atas untuk bukan pemegang kad Maybank,
- Dalam tiga (3) resit pembelian pada hari yang sama dari mana-mana kedai yang beroperasi dalam AEON MALL.
Slot penyertaan adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Ada terma dan syarast.

Jadual Rasmi Meet & Greet: Di Mana Anda Boleh Jumpa Edwin van der Sar?
Bagi sesi Meet & Greet ini anda boleh semak jadualnya di Bawah. Beberapa lokasi AEON Mall terpilih dengan waktu perjumpaan Active Beat 3.0 yang telah ditetapkan.
1 Ogos 2025 (Jumaat)
- 2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam
- 6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18
2 Ogos 2025 (Sabtu)
- 2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi
- 5:30 PM – AEON Taman Maluri Shopping Centre
3 Ogos 2025 (Ahad)
- 12:00 PM – AEON MALL Tebrau City
- 6:00 PM – AEON MALL Nilai
Sama ada anda berada di Utara, Tengah, mahupun Selatan Semenanjung Malaysia, anda pasti tidak jauh daripada lokasi pertemuan bersama lagenda ini.

Peraduan “Spend & Win!” – Menangi Hadiah Bernilai RM10,000
Tidak cukup dengan sesi bertemu bintang, AEON MALL juga memperkenalkan peraduan “Spend & Win!” yang dikuasakan oleh Al-Ikhsan Sports.
Apa yang ditawarkan? Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000, termasuk 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin van der Sar sendiri.
Langkah penyertaan mudah sahaja:
- BELANJA minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan Al-Ikhsan Sports.
- IMBAS kod QR yang disediakan di premis.
- ISI butiran peribadi anda dan MUAT NAIK resit pembelian.
- MENANGI peluang untuk menjadi antara pemenang bertuah!
Lebih Daripada Beli-Belah: Perkongsian Strategik untuk Komuniti
AEON MALL turut berbangga bekerjasama dengan beberapa jenama terkenal untuk menjayakan Active Beat 3.0, termasuk:
- Maybank
- Al-Ikhsan Sports
- OPPO
- Focus Point
- Nando’s
- Tim Hortons
- Toy World
- LokalTeez
- Inner Casual (IC)
Setiap jenama membawa elemen tersendiri untuk menyemarakkan suasana acara Active Beast 3.0, daripada tawaran eksklusif hingga aktiviti interaktif yang memberi manfaat untuk seisi keluarga.
Jangan Lepaskan! Kemeriahan, Ganjaran & Inspirasi Menanti Anda di AEON MALL
“Active Beat 3.0” bukan sekadar acara—ia adalah pengalaman gaya hidup dan komuniti. Ia menyatukan semangat sukan, nilai kekeluargaan, dan keseronokan beli-belah di bawah satu bumbung.
- Tandakan kalendar anda: 15 Julai – 31 Ogos 2025
- Lokasi: AEON MALL seluruh negara
Datang, berbelanja, dan alami detik luar biasa bersama Edwin van der Sar di AEON MALL!
Untuk maklumat lanjut layari website AEON Mall atau follow AEON Mall Retail di media social untuk mengikuti perkembangan terkini Active Beast 3.0..