Elak duit hilang, waspada 3 phishing scam berkaitan bank | Gerun baca pengalaman Dr Rafidah Abdullah yang kehilangan RM13,000 di CIMB.
Disebabkan tertekan external link yang diterima sehinggakan scammer boleh menerima TAC menerusi nombor telefon tambahan. Dan membuat pemindahan wang dalam talian jam 2 pagi.
Situasi ini membuatkan ramai yang mempersoal malah mula hilang kepercayaan terhadap sistem keselamatan perbankan online.
Link pelik-pelik yang dihantar scammer ini sememangnya berleluasa sekarang ini. Bukan saja di bank CIMB, malah Maybank sendiri juga memberikan input amaran berkaitan phishing scam ini.
Kerana bukan sedikit yang hilang duit di bank juga antaranya berpunca daripada phishing link (penipuan data) yang dihantar scammer.
Apa Itu Phishing Scam
Memandangkan saya pengguna Maybank2u, jadi saya kongsikan di sini berkaitan phishing link. Saya letak perkataan phishing link dalam catatan saya ini, bagi memudahkan pemahaman sendiri bahawa ianya ada juga berkaitan dengan ‘external link’ yang kadangkala tidak saya sedari yang link diterima itu tidak legit.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga saya mencari maklumat berkaitan phishing scam di laman web Maybank, dan menemui info berguna ini.
Phishing scam ini ada kaitan dengan penipuan data yang mana bila mana scammer mahu menipu anda sehingga tanpa sedar anda boleh memberikan maklumat peribadi kepada mereka.
Maklumat peribadi macam mana yang anda boleh tanpa sengaja terberi itu;
- kata laluan perbankan dalam talian
- nombor akaun
- nombor kad kredit
- pin ATM
Modus operandi phishing scam : Melalui emel, media sosial, panggilan telefon, atau mesej teks. Sehingga membuatkan anda mengemaskini butiran perbankan sendiri atau mengarahkan anda melayari laman web perbankan palsu untuk anda serahkan maklumat peribadi.
Licik sebenarnya cara scammer ambil duit dalam bank ini.
Cara Untuk Anda Kesan Phishing Scam?
Mereka menggunakan,
- SMS
- E-mel
- Panggilan telefon
Semua itu meminta anda memberikan maklumat peribadi dan maklumat perbankan anda.
Macam-macam taktik dia guna, untuk anda serahkan info. Pura-pura dari organisasi terkenal lah yang kononnya mahu menyiasat.
Cara Lindungi Dari Mangsa Phishing Scam
- Jangan kongsi nombor ATM, nombor PIN, nama pengguna, kata laluan atau no TAC (Kod Kebenaran Transaksi)
- Jangan balas apa-apa permintaan berkaitan kemaskini nombor TAC dengan pihak ketiga.
- Kalau dah terbalas SMS, e-mel atau panggilan telefon pada scammer, cepat-cepat hubungi bank. Untuk kes penipuan di Maybank boleh hubungi talian hotline ini : +603 5891 4744 (Ini no yang Maybank kongsikan)
Penipuan Data Melalui E-mail
- Phishing ni asalnya dari perkataan ‘kata laluan’ dan ‘memancing’. Gambarannya samalah macam pancingan data atau kecurian identiti dari mana-mana e-mail spam yang dihantar kepada mangsa.
- Untuk mangsa kemaskini bukti kelayakan perbankan mereka.
- Nanti mangsa ditipu agar mengklik link atau pautan palsu yang disediakan penipu dalam emel tersebut. (Kadang tu nama bank pun dieja salah. Perhatikan betul-betul ya)
- Bila dah terklik, mangsa pun masuklah dalam laman web palsu Maybank2u (yang mana layout dia sama macam website Maybank2u)
Macam saya sebagai langkah berjaga-jaga setiap kali nak masuk laman web Maybank, saya akan pastikan alamatnya ada https dan ada logo kunci. (Ini yang saya diajar lah dulu cara nak pastikan laman web yang betul.)
Kalau ada info latest bolehlah share di komen ya.
Jangan Sesekali Lakukan Ini
- Balas emel yang minta serahkan maklumat peribadi dalam emel atau talian.
- Daftar semula imej keselamatan, kapsyen atau soalan cabaran.
- Membalas emel ancaman untuk tutup akaun atau gantung akaun.
- Beri info pada mana-mana tuntutan transaksi.
- Sahkan maklumat untuk anda selamatkan akaun yang terjejas.
- Balas emel yang meminta anda masukkan nombor kad, kata laluan, ID pengguna atau nombor akaun anda ke dalam e-mel atau laman web palsu.
- Balas emel yang minta anda sahkan alamat IP atau kemaskini akaun atau maklumat kad kredit.
Penipuan Data Menerusi Telefon
- Scammer call beritahu daripada mana-mana organisasi contoh bank, polis, syarikat komputer dan pembekal utiliti.
- Cara nya mungkin berbeza, matlamatnya sama. Nak dapatkan maklumat peribadi dan info kewangan anda. Minta anda serahkan kad atau duit atau menipu agar anda pindahkan wang ke dalam akaun lain.
Jaga-jaga, Jangan Lakukan Ini
- Kongsi nombor kad ATM, nombor PIN, nama pengguna, kata laluan dan nombor TAC.
- Jangan balas permintaan minta kemas kini no TAC dari orang ketiga.
Penipuan Data Melalui SMS
- Anda terima mesej SMS yang mengelirukan sampai tak sedar boleh terberi maklumat peribadi dan kewangan kepada scammer.
- Contohnya, penipu berikan mesej teks mengatakan mereka dari bank atau organisasi yang menawarkan anda telah memenangi ganjaran duit.
- Dalam SMS itu ada pautan link untuk anda klik, dan ada nombor untuk anda hubungi berkaitan tuntutan hadiah. Jangan terpedaya ya.
- Itu bukan nombor bank pun. Alih-alih bila call, scammer ini minta anda dedahkan maklumat peribadi. Nama pengguna, kata laluan dan PIN. Seram betul!
Jadi, Lakukan Ini Untuk Elak Hilang Duit
- Jangan balas SMS. Abaikan je. Tak rugi pun untuk anda,
- Hati-hati jangan klik pautan link sembarangan. Lagi-lagi balas panggilan dari nombor tak dikenali tu.
- Daftarkan nombor telefon bimbit anda sahaja untuk TAC anda. (Sekarang ini dah ada aplikasi Maybank2u. Boleh download di phone sendiri. Lebih selamat untuk anda guna secure2u. Selagi anda tak tekan approve, transaksi takkan berlaku)
- Kalaulah anda dah terbalas sms itu, cepat-cepat hubungi bank untuk tindakan lanjut.
Kalau tertekan link scammer apa nak buat? Berdebar sungguhkan. Cuba baca info cara check link scammer saya kongsikan ini.
Fahamkan cara Phishing Scam melalui video ini
Semoga kita lebih alert dan paling penting dalam bab urusan rezeki kita ini, berdoa dan bertawakal lah kepadaNya. Kerana, Dialah sebaik-baik penjaga.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Memang takut dengar kisah duit hilang akibat scammers ni. Semoga kita semua dijauhkan dengan scammers ni.
Amin.. paling penting minta Dia lindungi.. janganlah sampai terjadi ‘ter’ tertekan sana sini.
This is a great blog post! I have been reading it for a while now and I have learned a lot.