Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi

Salah satu resepi kimchi Korea yang senang nak buat inilah, kimchi daun kucai. Atau nama Koreanya, Buchu Kimchi (Chive Kimchi). Seangkatanlah tu. Resepinya saya peroleh dari channel Maangchi (vlogger/youtuber Korea yang terkenal)

Kenapa saya tulis olahan, sebab tidaklah ikut sebiji bahan-bahan Korea. Resepi kimchi saya gunakan serbuk cili Babas saja. Bukan tak pernah cuba guna cili Korea. Pernah, hasilnya saya lagi suka guna serbuk cili Malaysia, sebab saya ni ‘tekak anak Jawa’.

Pernah.. sekitar tahun 2016, kak Maswa bawa saya jumpa kawan dia. Tokey restoran Korea dekat Ampang. Anne namanya, dia sangat fasih berbahasa Melayu.

Bertemu Peniaga Korea, Fahami Pembuatan Kimchi

Apa yang buat saya kagum, di restoran Anne ada satu mesin khas yang dibawa dari Korea semata untuk penyediaan dan penyimpanan kimchi. Boleh dikawal suhunya sebagaimana proses pembuatannya di negara asal.

nettyahhiyer.com

Saya kata dekat Anne, kimchi saya guna serbuk cili tempatan saja. Dan saya jual (waktu itu). Alhamdulillah, ramai yang beli. Boleh dikatakan, setiap minggu saya akan buat dalam anggaran 2kg kubis atau lebih.

Anne kata, tak apalah kalau macam tu. Maknanya boleh diterima orang. Teruskan saja. Dia tak kata pun cara saya itu salah. Bagus cara Anne beri semangat niaga pada saya waktu itu. Cuma dia pesan, dalam proses membuat kimchi, bahan-bahannya tak boleh dimasak atas api.

Cili misalnya, sebab ia akan mematikan proses fermentasi atau pemeraman.

Dan saya sememangnya cukup minat dengan benda-benda terperam ini. Macam pekasam, atau jeruk-jeruk. Asal ada bahan dan masa, sure saya buat; Mandai, Sawi Kai Choy, Jeruk Maman, Cili peram.

Kali ini, saya kongsi buat kimchi Daun Kucai Korea versi Malaysia.

Cara Membuat Kimchi Daun Kucai (Buchu Kimchi)

Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi
  • Bersihkan daun kucai satu persatu.
  • Buang yang tak elok.
  • Dah bersih tos kejap, peram dengan sos ikan. Banyak ni anggaran dalam 30 ml ke 40 ml sos ikan gitu.
  • Selang 5 minit balik-balikkan (dengan lembut). Nanti air kucai akan keluar sikit.. sikit.
Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi
  • Buat pes tepung pulut dulu.
  • Tepung pulut campur air, masak atas api. Anggaran tepung dalam 2 sudu makan.
  • Campur gula. Kali ni saja guna gula perang.
  • Jumlah gula tu agak-agak bagi rasa manis-manis buah camtu.
  • Biarkan sejuk.
Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi

Biji bijan ni goreng tanpa minyak (sangai orang panggil). Tapi terhangit sikit pulak.

Buat Pes Cili Untuk Peram Daun Kucai

Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi

Kucai yang diperam tadi, keluarkan dari bekas. Toskan. Tak perlu basuh ya.
Air peramannya campurkan dengan pes tepung pulut tadi dan serbuk cili babas / serbuk cili kimchi Korea (macam dalam gambar).

Saya tekak jawa, lagi sedap buh cili babas tu.

Cili Korea ni dia bau wangi dan harum. Yang suka, pakailah cili tu ya.
Gaul sebati sampai jadi macam atas tu.

Kalau guna serbuk cili Korea halal tu, tekstur dia tak macam dalam gambar saya tu. Dia akan nampak (seakan) ada cili flakes, lebih berderai. Cili Babas lebih halus, jadi hasilnya macam dalam gambar tu, seakan bubur, padat.

  • Masukkan bawang holland – hiris dalam pes ni sebelum masukkan kucai. Ku pun lupa nak buat. Masuk kendian pulok.

Get Ready! Part Ni Kita Nak Masukkan Daun Kucai Dah

Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi

Ambil kucai masukkan dalam pes cili ni.

Gaul perlahan-lahan dengan lembut. Lebihan air sos ikan yang ditos tadi tu masukkan sekali.

Paling Senang Buat Kimchi Daun Kucai, Olahan Resepi Maangchi

Taburkan biji bijan dan gaul balik.

Tip : masa nak buat pes tu dah kena ejas siap-siap manis untuk bagi balance rasa dengan sos ikan yang masin tu.

Lepas dua tiga hari dia dah tertapai dengan baik, ia akan jadi masam, masin yang enak.

Simpan Kimchi Kucai Dalam Peti Sejuk

Masukkan dalam bekas. Nak lagi cun masuk balang sebenarnya. Nanti tekan-tekan jangan bagi udara masuk.

Biar dia padat.

Sebab kejap-kejap lagi nak ratah. Ku buh je ghope gitu. Okay! resepi kimchi kucai saya siap.

Lepas tu tak tunggu lama pun, terus masuk peti ais. Sebab suhu rumah saya ni macam tak sesuai je nak buh kat luar lama-lama. Peti ais rumah ni pun bukan sejuk dingin membeku. Maklumlah peti ais lama, jadi elok saja bila saya simpan dalam peti ais terus.

Walau selepas sebulan lebih, kimchi yang dibuat sendiri di rumah ni masih elok kejadiannya. Kalau nak tahu kimchi itu sudah rosak sehingga tak boleh dimakan, akan keluar kulat di sekitarnya. Itu tandanya kimchi rosak ya.

Senangkan cara buat kimchi dengan menggunakan daun kucai ini. Masa yang diambil pun tak selama nak buat kimchi kubis napa tu.

Baca lagi : Buat kimchi halal Korea, lebih sedap guna cili babas.

*Air kimchi jangan dibuang ya. Inilah penyedap dalam lempeng sayuran kimchi tu nanti.

Kimchi Matang Sedap Jadikan Lempeng Sayuran

Kimchi ini ada banyak jenis. Paling terkenal, kimchi kubis. Bagi saya secara peribadi, antara kimchi kubis dengan kimchi daun kucai.. saya lebih sukakan kimchi daun kuchai.

Selain itu ada juga sayuran lain yang dibuat kimchi. Saya juga pernah mencuba resepi kimchi lobak putih, atau dipanggil kkakdugi.

Pun mudah saja caranya. Tidak rumit.

Cara pembuatan kimchi kubis ini pun berbeza-beza ikut tempat dia. Ada yang letak tepung pulut, buah pear, udang geragau peram, sotong. Dan saya pernah nampak dekat TV, artis k-Pop tu dia letak yogurt. Katanya nak bagi cepat jadi.

Bila dah terperam beberapa hari, sedap dijadikan lempeng sayuran.

Menarikkan. Antara resepi daun kucai yang boleh dicuba selain kimchi adalah boleh buat kucai goreng telur, tauge tumis dan daun kucai. Yummy!

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer
- Mudahnya masak rendang ayam, campak-campak jadi

Leave a Comment