luruhnya bunga cinta

Sinopsis Drama TV3 Luruhnya Bunga Cinta

Drama Luruhnya Bunga Cinta (LBC) bersiaran di slot Akasia TV3 yang diadaptasi dari drama Korea Autumn in My Heart. Gandingan pelakon Redza Rosli dan Tracie Sinidol.

Drama Melayu arahan Muhammad Riza Baharudin ini akan memulakan tayangannya di TV3 pada 19 September 2023. Boleh juga ditonton secara online di platform penstriman iQIYI.

LBC yang diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. menggantikan slot drama Rajuk Karina.

Info Drama Luruhnya Bunga Cinta

  • Jumlah episod : 40 
  • Siaran bermula : 19 September 2023
  • Hari bersiaran : Isnin hingga Jumaat
  • Waktu siaran di Akasia TV3 : 7.00 malam juga boleh di tonton secara online di www.tonton.com.my
  • Waktu siaran di iQIYI : 8.00 malam
  • Pengarah : Muhammad Riza Baharudin
  • Penulis skrip : Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin
  • Adaptasi drama Korea : Autumn in My Heart siaran tahun 2000
  • Penerbit : Zetty Alia Dato Ramly, Zetty Adila Dato Ramly
  • Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Baca juga : zizan razak

luruhnya bunga cinta
Kredit foto : Instagram Tracie Sinidol

Senarai Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta

  • tracie sinidol membawakan watak utama Nuha
  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Aniq Durar sebagai Awal
  • Nabila Razali sebagai Sarah
  • Bela Luna sebagai Aleen
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Iman Suhana sebagai Khalsom
  • Shah Rezza
  • Laila Nasir
  • Eizlan Yusof
  • Zila Bakarin
  • Watie Sadali
  • Raja Azmi
  • Hafiz Halim

Baca juga : drama kerana cinta itu ada

luruhnya bunga cinta
Kredit foto : Instagram Tracie Sinidol

Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta ‘Pilunya.. Takdir Dua Gadis Yang Tertukar’

Luruhnya Bunga Cinta mengisahkan kehidupan dua gadis yang tertukar sewaktu mereka masih bayi. Selepas beberapa tahun terjadinya satu insiden. Lalu menyingkap kisah silam yang pernah berlaku terhadap dua gadis ini.

Kisah silam terjadi apabila Jamaludin dan Adita yang sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi perempuannya, Aara (watak ini dibawakan oleh Auni Yusri) terpaksa memutuskan untuk bersalin di klinik desa di sebuah daerah yang kecil.

Ini kerana, hujan ribut yang melanda menyebabkan laluan utama ke bandar besar terhalang dek pokok besar yang tumbang. Dalam masa yang sama, bagaikan satu kebetulan. Noriah yang ketika itu juga sarat mengandung bakal melahirkan bayi perempuan, Nuha (watak dijayakan oleh Tacie Sinidol).

Kedua ibu hamil ini bersalin di tempat yang sama. Malangnya, label tag nama ibu yang ada di katil masing-masing ketika itu telah terjatuh. Dan tersalah letak kemudiannya. Kejadian itu, menyebabkan bayi Nuha dan Aara telah tertukar dan dibawa pulang oleh keluarga yang berbeza.

Nuha Dan Aara Ditakdirkan Jalani Kehidupan Berbeza

Keduanya membesar sehinggalah Nuha dan Aara ditakdirkan belajar di sekolah yang sama.

Nuha menjadi seorang gadis yang lemah lembut dan amat disayangi keluarganya. Dia tinggal bersama abangnya, Nuh (lakonan Redza Rosli) di sebuah rumah agam milik Jamaludin dan Adita.

Berbeza dengan Aara yang tinggal dengan abangnya, Anwar di sebuah rumah kos rendah milik Noriah. Kehidupan mereka serba kekurangan.

Perwatakan Nuha dan Aara juga berbeza. Nuha yang membesar menjadi gadis manis pelembut, manakala Aara hidup dalam kemiskinan dan membentuk rasa iri hati, tidak menyenangi kesenangan Nuha.

Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan Talasemia. Jamaludin jadi tertanya-tanya kerana mereka sekeluarga tiada seorang pun yang ada rekod penyakit sebegitu.

Akhirnya kebenaran terbongkar yang Nuha dan Aara telah tak sengaja tertukar sewaktu keduanya masih bayi.

Aara yang membenci kemiskinan hidupnya pergi ke rumah mewah Jamaludin dan Adita untuk tinggal di sana. Manakala, Nuha dengan rela hatinya berpindah ke rumah Noriah di kampung. 

Suatu hari Jamaludin menerima tawaran bekerja di luar negara dan mereka sekeluarga termasuk Aara berhijah ke sana. Maka, terputuslah hubungan Nuha dan Nuh. 

Bagaimanakah nanti mereka berdepan dengan konflik yang melanda kehidupan baru mereka? Apakah pula yang bakal terjadi kepada Nuha dan Aara. 

luruhnya bunga cinta
Kredit foto : Instagram Tracie Sinidol

Adaptasi Drama Korea Autumn In My Heart versi Malaysia

Istimewanya untuk drama Malaysia adaptasi drama Korea Luruhnya Bunga Cinta ini menampilkan watak Sara. Lakonan Nabila Razali. Ianya watak baru yang memberi elemen segar kepada sebuah kisah cinta yang menyayat hati. 

Malah, Nabila Razali sendiri menerusi akaun instagramnya memberi teka teki kepada para peminatnya tentang watak lakonannya itu. Adakah antagonis atau protagonis. Sama-sama kita nantikan.

Sesiap sediakan tisu depan tv ya.

Untuk pengetahuan, Autumn In My Heart yang satu ketika dulu pernah disiarkan di TV sekitar tahun 2000 menampilkan barisan pelakon Korea. Antaranya Song Hye-kyo, Song Seung-heon, Won Bin, Moon Geun-young, Choi Woo-hyuk dan Han Chae-young.

Baca juga : Cherry Blossom di Jeju

Lokasi Penggambaran Luruhnya Bunga Cinta

Drama berepisod LBC ini menjalani penggambaran di sekitar Cameron Highland Floral Park. Sungguhlah, nampak cantik saja view dekat montage opening dia.

Penuh dengan bunga-bungaan warna warni. Nampak cantik sungguh Tracie yang sememangnya jelita tu.

OST Luruhnya Bunga Cinta

Lagu tema atau runut bunyi untuk drama berepisod Luruhnya Bunga Cinta ini menggunakan lagu berjudul Belakang Tabir.

Nyanyian Syamel. Yang mana lagunya dicipta oleh Syamel sendiri dan Jiwa. Begitu juga lirik lagu Belakang Tabir  ditulis oleh Syamel.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!