Kerang Bakar Tetap Gebu, Mudah Masak Guna Pemanggang Ajaib

Begini cara saya masak kerang bakar dalam pemanggang ajaib. Cara ini buatkan isi kerang tetap gebu gebas dan rasa meletus-letus ketika di kunyah dalam mulut.

Kerang ini saya beli dengan sorang akak yang meniaga di Meru ini. Setiap kali ada kerang ke lala akak ni akak whatsapp saya. Akak ni jual harga kerang sekilo RM10. Kira oklah kan banding beli kerang kat luar.

Orang kata nak murah cari di Pantai Remis. Tapi dalam keadaan PKP serba serbi sukar ini, nak dapatkan harga semacam itu teramatlah luar biasa.

This image has an empty alt attribute; its file name is Untitled-design80.jpg

*Kerang ini saiz kecil, saya beli 3 kilo.

Harga Kerang Bakar

Lagi-lagi Pantai Remis itu sendiri dah jadi semacam tempat elit pula, lagi-lagi bab harga makanan dan minumannya. Boleh urut dadalah kalau nak makan 5 ke 6 orang sekeluarga.

Harga di luar, kadang sampai RM18 sekilo pun ada. Biasa dengan kakak ini saya ambil dua ke tiga kilo. Kalau dapat isi kerang besar lagi seronok nak makan. Kali ini, saya beli kerang kecik sikit.

Tak kisahlah saiz kecil ke besar, saya memang akan buat resepi kerang bakar pemanggang ajaib style macam ni. Kalau takut masin, bolehlah dikurangkan jumlah garam tu.

BEGINI CARA BAKAR KERANG AGAR TETAP GEBU ISINYA

Saya gunakan penapis berjaring plastik macam ini. Mudah nak buang lumpur dan rumpai yang melekat dekat kerang. Masukkan kerang dalam tu, laga-lagakan sesama mereka.

Ini pun saya kira masih belum bersih betul. Tapi sebab nak cepat, kira halal sajalah. Kalau yang rajin tu, akan bersihkan satu-satu dengan berus.

Bila dah bersih, toskan. Letak dalam pemanggang ajaib.

Letak Kerang Dalam Pemanggang Ajaib, Tabur Garam

kerang bakar

Dah masuk dalam pemanggang ajaib, saya taburkan garam kasar sekeliling dia. Hidupkan api. Saya guna je api besar masa masak resepi kerang bakar ni.

Tutup Kejap Pemanggang Ajaib, Sekejap Je

kerang bakar

Macam nilah besar api tu.. tapi ikutlah jenis dapur masing-masing ya. Dalam 40 ke 50 saat, saya buka balik penutup pemanggang ajaib ini.

Tutup Api, Bila Keluar Buih Dari Kerang Bakar

kerang bakar

Dia jadi berbuih macam ni. Tak yah tunggu lama, dalam dua tiga minit (sebab kerang kecik) dan nampak ada yang dah terbuka tu terus tutup api.

Air kerang memang akan keluar, nanti bila kita tutup api dia tersejat. Cepat-cepatlah keluarkan. Buh tempat lain.

kerang bakar

Gebu kan.. saya suka yang tekstur macam ni. Kalau nak lagi garing boleh tambahkan saat tu.. jangan lama sangat. Nanti isinya garing. Beginilah cara masak resepi kerang bakar sedap lagi gebu style saya.

Hijau-hijau tu lumpur dalam kerang tu sendiri. Silalah buang masa nak makan tu ya.

UPDATE TIP : Ini tip yang saya terbaca baru-baru ini. Cara nak hilangkan lumpur dalam kerang tu, sebelum masak rendam dulu kerang dalam air garam. Nanti kerang akan keluarkan lumpur.

SELAIN KERANG BAKAR, INI RESEPI KERANG TUMIS SERAI YANG SIMPLE

resepi kerang bakar

Selain bakar, saya suka buat tumis serai macam ni. Ini cara masak kerang simple. Sedap makan terus dengan nasi panas-panas.

BAHAN-BAHAN

  • Sekilo kerang
  • Sebiji bawang besar – hiris
  • 7 tangkai cili kering (kalau tak nak pedas kurangkan)
  • 2 batang serai – hiris serong macam nak buat tomyam
  • Serbuk kunyit
  • Garam, perasa

CARA MASAK

1. Tumis bawang, cili kering, serai sampai naik bau.
2. Masukkan kerang, serbuk kunyit, garam dan perasa.
3. Kacau sehingga kerang terbuka. Tu tanda dah masaklah tu.

PS : Ada macam-macam cara masak kerang bakar sebenarnya. Satu lagi cara, masak kerang bersama sambal. Sambal macam nak buat sambal tumis tu, tapi saya tambah sikit serbuk cili kering dan daun kunyit. Lagi ‘kick’ nanti rasa dia.

CUBA RESIPI LAIN :
- Pakai serbuk, resipi daging ketumbar Dato' Rizalman tetap sedap
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Kerepek pisang RARE tak buang kulit, hasilnya sedap rangup
- Kerak nasi, olah jadi bubur ala K-POP yang sedap

Leave a Comment