Dua hari Mirza di Sunway Medical Center | Aktiviti saya hari ini tak adalah sesibuk mana, cuma perlu mengambil baju di The Curve, KL.
Untuk shooting cover sempena Hari Bapa. Pagi-pagi hari lagi dah berperang-perang mulut dengan anak-anak. Ingatkan dah habis dah, rupanya terbawa-bawa sampai ke petang.
Betul-betul menduga anak kedua, Zarif ni. Sejak kebelakangan ini manjanya semakin menjadi-jadi. Tak tahan betul dibuatnya. Saya pulak garang semacam dengan anak-anak.
Tak ada chemistry langsung. Tapi bila saya buat-buat merajuk pandai pulak Zarif lari balik kat saya. Cuma yang pasti dia kata hari ini dia nak jadi budak nakal… hmmm…nakal sungguh. Ya Ampunnnn.
Balik dari ambil baju di Little Heaven, The Curve en Yem bawa kami singgah Alam Sentral.
Melayan Perangai Zarif
Memandangkan Mirza lena diulit mimpi, saya tunggu saja dalam kereta sambil melayan Zarif dengan ipod touchnya. Zarif ni kalau berdua je dengan saya baik budaknya.
Boleh diharap pun ya. Tapi jangan ramai-ramai. Mulalah manjanya datang.
Tak tahu kenapa dengan handphone saya dari hari Jumaat lepas dia kong. Dahlah esok ada assignment cover tup-tup phone pula problem.
Walaupun dah diganti dengan bateri baru yang tak kurang mahal reganya itu, dia masih juga tak boleh di charge. Sudahnya terpaksalah saya load segala macam yang ada dalam phone ini sebelum dia sampai ke akhir tempoh hayatnya.
Tapi nak kata saya serabut sangatpun tak adalah sangat. Sebab seminggu dua ni memang saya mengalami tahap kestressan yang melampau. Alhamdulillah dapat dilalui dengan baik dengan izinNya.
Dalam pada mengupload gambar dari simpanan handphone tiba-tiba saya ternampak gambar-gambar waktu Mirza diwadkan di Sunway Medical Center pada bulan Ramadan tahun lalu, 2010.
Mirza Masuk Wad Di Sunway Medical Center
Saya ingat lagi, masa itu mak telefon sambil nangis-nangis beritahu yang Mirza muntah dan cirit-birit tak berhenti-henti. Masa ini Mirza belum sekolah lagi, umur dia pun baru 4 tahun.
(Kenapa saya rasa Mirza yang dulu lebih mendengar kata berbanding sekarang bila dah masuk sekolah ya. Mungkin dia protes kat saya pun ya sebab dia memang tak suka ke sekolah itu).
Baca juga : Hari pertama persekolahan anak sulung
Kami bawa dia ke Klinik An Nisa dekat belakang rumah mak, U10 Shah Alam. Doktor beri injection. Kalau sama saja lebih baik bawa ke hospital, itu pesan doktor sebelum kami keluar dari biliknya.
Belum pun jauh kereta en Yem bergerak, Mirza muntah lagi. Dan sekali lagi di rumah dan tanpa ditahan-tahan dia cirit-birit lagi. Tak boleh jadi kena bawa juga ke hospital.
Memandangkan Mirza ada plan insurans, kami pun gunakanlah. Dan bawa dia ke Sunway Medical Center.
Nak kata berbaloi pun tak adalah sangat. Sebabnya en Yem tetap kena keluar duit beratus jugalah. Tak apalah, layankan sajalah.
Walaupun namanya hospital swasta, tapi peraturan di Sunway Medical Center macam kerajaan. Sebabnya, bilik yang kongsi berdua ini cuma ibu sahaja yang boleh tidur diwad. So, en Yem kena balik.
Sebarang barangan peribadi, macam laptop, kamera etc dilarang sama sekali dibawa ke dalam bilik wad. Hmm… tak apalah nak buat macam manakan?
Layan je lah, lagipun itukan bulan puasa, dugaannya memang macam itupun. Yang penting Mirza sihat.
Baca juga : Anak sulung suka bertanya
Darah Dalam Badan Mirza Dah Pekat
Dr Rose yang merawat Mirza beritahu darah dalam badan Mirza dah pekat sangat waktu kami admitkan dia tadi. Mujurlah kami bawa dia cepat, kalau tak macam-macam boleh terjadi.
Huh? terkedu kejap kami.
Patutlah waktu letak atas katil tu kami panggil nama Mirza langsung dia dah tak menyahut. Lepas masukkan air dalam 3 botol Mirza dah semakin sembuh.
Tengok TV bagai sampai tak nak baliklah dari hospital itu. Kalau tanya dia tak tahulah dia ingat lagi ke tidak.
Saya pulak siap paksa Mirza cepat baik… sebabnya mak deadline esok… huhuhu… Alhamdulillah, Mirza cuma admit dua hari je. Kalau tak… terbarailah bahan kerja saya minggu itu.
Bila kenang balik gambar-gambar lama ni rasa rindu pula dengan suasana tu. Walaupun nampak stress, tapi bila kita dah meninggalkannya terasa rindu pula untuk merasai saat-saat genting macam itu.
Itulah, bila kita dalam keadaan tertekan, memang segala macam perasaan sukar sangat nak digambarkan.
Masa itulah kita akan berdoa dan terus berdoa.
Sebaik sahaja tekanan itu terlepas dari bebanan fikiran, terasa terbang melayang-layang bebas di udara. Tapi selagi kita bernama manusia, ujian akan terus dilalui.
Bukankah Allah mahu menguji sejauh mana kasihnya kita kepadanya? Astaghfirullahalazim.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 28 Mei 2011
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis