Pantai Remis Bukan Lagi Syurga Kerang-kerangan

https://nettyahhiyer.com/pantai-remis-bukan-lagi-syurga-kerang-kerangan/

Sekitar tahun 2014, saya pernah ke Pantai Remis bersama team foto dan stylish untuk shooting fesyen di pesisir pantainya. Waktu itu pokok bakau masih banyak merimbun di sepanjang laluan pantai. Tak berjaga dan liar membesar. Laluan berpasir yang pecah akibat hentaman ombak membuatkan kenderaan terpaksa di letak jauh dari pinggiran pokok bakau. Kami shooting sejam … Read more

Semoga Bahagia Itu Menjadi Milik Kita

Semalam, saya minta teman-teman bantu saya untuk berkongsi rasa hati mereka tentang ‘Makna Bahagia’ itu bagaimana. Bermacam pengertian bahagia telah saya terima dan dapat saya himpunkan dalam entri kali ini. Ternyata saya juga bahagia kerana mempunyai rakan-rakan facebook yang baik hati dan sudi bersama-sama saya mencari makna sebuah kebahagiaan. Masing-masing mempunyai pengertian bahagia yang tersendiri. … Read more

Hikayat Menara Sakti Dan Kerbau Bala Ibu Mentuaku

Tak selalu saya dapat pulang ke kampung Sira Putih, Lenggong. Paling tidak sebulan sekali barulah saya berpeluang menjengah keluarga ibu mentuaku. Ikrar saya pada en suami, sebulan sekali kita wajib pulang ke kampung halamannya. Sebabnya, hampir setiap hari ‘kita’ akan pulang ke rumah mak saya. Anak-anak saya pun mak saya yang tolong jagakan. Sebab itulah, … Read more

Nostalgia Rumah Kayu Berdindingkan Papan Lapis

Abah saya sudah pun memasuki usia 65 tahun. Fizikal abah kecil sahaja, tinggi sedikit daripada saya dan kurus tubuh badannya. Tidak pernah sekalipun abah mencapai berat badan berlebihan macam saya. Walaupun kecil, abah seorang yang kuat bekerja jadi tukang rumah tapi tidak masa zaman mudanya. Seingat saya, abah pernah bekerja di kilang alat permainan. Dulu … Read more

Berakhir Sudah Hikayat Lady of Leisure

Diam tak diam sudah dua bulan saya menjadi lady of leisure. Selesai karnival, berlanjutan dengan deadline yang tak putus-putus dan akhirnya bermulalah siri honeymoon yang amat panjang. Bermacam-macam perkara yang terjadi dalam tempoh dua bulan saya menghilangkan diri dalam dunia ‘berbelog’ ini. Kononnya tidak mahu saratkan fikiran dengan kehilangan MH370, pembunuhan kejam penyokong Dr Morsi, … Read more

Bila Ct Madu Tersangkut Ke Zoo

Teks: Netty Ah Hiyer Foto: Kamera Fon Saya Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani, Nampak kerja-kerja alih suara ini macam senang, tapi berkali jugalah Cidot minta saya ulang semula. 🙂 Entri ini sudah tertangguh lama. Terperam dalam fail ‘belog’ yang memang saya sediakan khas untuk menyimpan material yang boleh saya gunakan apabila … Read more

Ini Entri Entah Apa-apa

Teks: Netty Ah Hiyer | nettyahhiyer@gmail.com Foto: Carian Google Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani, Entri kali ini saya tulis di awal pagi dengan mata yang hampir terpadam. Mengenangkan saya perlu juga mengisi ruangan ini dengan ‘cerita’ baru saya gagahkan mata. Letak batang mancis di tengah-tengah mata dan terus menaip dengan laju. … Read more

Berkat Air Tangan Ibu

Teks: Netty Ah Hiyer Foto: Kamera Fon Saya Awalnya mahu cerita tentang pembikinan karipap yang tidak menjadi. Di pertengahan entri, saya jadi lupa diri. Ini juga sebahagian dari proses pembelajaran. Jangan tiru saya. Ini gambar syok sendiri! Gambar pembikinan karipap tidak menjadi ini sudah lama tersimpan dalam kamera 360 telefon saya. Lama dibiarkan pegun tak … Read more

Betulkan Niat, Insyaallah Kaya Dunia Akhirat

Teks: Netty Ah Hiyer Foto: Kamera Fon Saya Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Mahu tahu promosi terbaru tentang produk Kao? Layari facebook/Kaolaurier Eh! Ada Fara fauzana. Dia buat apa di meja kerja saya. Bawa ‘pad’ pula tu? Itu cuma gimik saja. Fara Fauzana tak datang pun Karangkraf, apatah lagi membawa tuala … Read more