Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas

Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas

Mudah sebenarnya buat kimchi halal Korea ini. Ada banyak versi, kimchi Korea halal cara saya ini resepinya dari Maangchi. Saya olah gunakan serbuk cili Babas. Bahan utamanya kubis cina atau kubis napa.

Bila buat homemade kimchi ini, kita yakin sikit dengan kebersihan dan halal dia. Tapi, kalau malas pun boleh saja beli kimchi Korea di pasaraya yang ada cop halal berautoriti. Banyak dah sekarang. Cari online di shopee atau lazada pun mudah.

Cuma bila tahu buat sendiri, keseronokan membuat kimchi itu lain macam perasaannya. Bak kata Maangchi, kubis napa yang dah digaramkan itu, macam memanjakan ‘baby’.

Kimchi kubis cina ini dulu saya jual. Cuma sejak fokus mengendali platform digital Mingguan Wanita, saya stop sementara. Sementara pun dekat tiga tahun jugalah. Sesekali saja saya buat, itu pun bila datang teringin.

Dalam perkongsian memasak ini, saya tak pandai sangat bab sukatan. Sebab konsep saya banyak agak-agak. Tapi saya cuba jugalah beri sukatannya. Nanti terpulang pada diri anda sendiri, nak lebihkan atau kurangkan yang mana.

Sebab, sedap itu nanti anda juga yang tentukan.

Ini Cara Membuat Kimchi Korea Halal Guna Cili Babas

Bahan-bahannya :

  • Kubis napa – anggaran dalam 2 kilo
  • Lobak putih – 1 biji (kalau suka guna lebih)
  • Lobak merah – 1 biji (kalau suka guna lebih)
  • Daun bawang – 2 ikat

Ini Step Bergambar

Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas
Kubis nappa yang dah siap cuci dan tos. Belum potong kecil-kecil lagi.

Kubis nappa/cina – belah 4,
cuci bersih,
lumur garam helai demi helai,
peram sampai air kubis tu keluar.
Bila batang kubis tu dah lembut boleh lentur tu, bermakna dah bolehlah tu dibuat kimchi.

Pergi semula dekat kubis tadi. Anda cucilah kubis tadi sampai hilang masin keterlaluan tu. Saya bilas 3 ke 4 kali gitu. Dan rasalah sama.. kalau masih masih tak tentu arah tu.. cucilah lagi ya. Tapi biasanya, 3 ke 4 kali tu dah ok dah.

Toskan dalam sejam dua. Ikutlah nak lama mana, kalau tak nak tunggu lama setengah jamlah. Tapi saya memang tunggu sampai betul-betul tertos.. gigih sungguh.

Penyediaan Bahan-bahan

Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas
Lobak merah, putih potong memanjang. Saiz kita mudah nak makan. Daun bawang pun sama. Potong kecil je.

Sementara nak tunggu kubis napa lembut itu, hirislah dulu lobak putih, lobak merah, daun bawang – memanjang.

Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas
Ini dah pindah ke pinggan dan disejukkan.

Masa ini, kita siapkan buburnya.

Tepung pulut dalam 2 sudu,
air anggaran secawan
.

Masaklah keduanya atas api. Macam nak naik bubble tu cepat-cepat masukkan gula dalam satu ke dua sudu. Bagi rasa manis buah je.

Kacaulah sampai pekat.

Proses ni cepat sebenarnya, kalau tak biasa lagi gunalah api kecil sahaja.

Siap-siap untuk kisar halus bawang holland, bawang putih dan halia. Dalam gambar ni saya guna bawang merah (sebab bawang holland dah habis).

Sukatannya ni pun saya agak-agak saja.
Anggarannya dalam 2 biji bawang holland,
2 labu bawang putih,
3 ke 4 inci halia.

Part Ni Paling Best Nak Buat Kimchi Kubis Nappa

Kalau guna cili babas, teksturnya jadi macam bubur. Beza dengan cili korea, teksturnya lebih kasar dan nampak cili flakesnya. Tapi, saya suka rasa kimchi dengan cili babas lagi.

Bila kesemua bahan di atas sudah siap tersedia. Maka, inilah part paling best sekali. Iaitu membuat pes cili kimchi.

Tuang,
bahan kisar
bubur yang dah suam-suam sejuk
serbuk cili babas, anggaran dalam 4 senduk (kalau nak pedas buhlah lebih – cuma hati-hati jangan terlebih sangat takut pahit)
sos ikan – 2 sudu
nak letak cencalok pun boleh
Gaulkan sebati.

Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas
Jangan tanya mana pergi lobak putih, masa ni tak masuk lagi dah amik gambo. har har har..
  • Masukkan pula bahan-bahan potong tadi; daun bawang, lobak putih, lobak merah.
  • Gaul lah bagi sebati. Lembut-lembut je. Tak yah tekan-tekan.
  • Masa ini kalau kubis napa tu tak nak potong-potong, lumurlah pes yang siap gaul tu kat celah-celah kubis tu. Pastu kaup dan simpul, letak tepi.
  • Tapi saya nak bagi senang makan, potong je siap-siap. Gaul sebati terus dengan pes tadi.
Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas
Taraa… inilah hasilnya. Boleh makan terus dah.

Boleh je kalau nak terus makan. Kalau tak begitu berani, masukkan lah dalam balang kedap udara. Macam saya terus je simpan dalam peti sejuk.

Klik sini : Cara buat resepi kimchi kuchai

Tip Tambahan :

  • Tak perlu letak garam. Sebab bahan tu semua dah masin
  • Paling penting dalam nak buat kimchi ni kena peram kobis tu betul-betul. Cuma kobis terbaik bebas hitam-hitam atau rosak. (serius ini leceh.. tapi feel Korea bila kita berjaya buat.. kah kah kah)
  • Lepas tu, saya terus masuk balang padat-padat simpan dalam peti. Ada yang kata letak luar dulu baru masuk peti. Tapi cuaca Malaysia bukan macam Korea, panas. Tu saya simpan terus dalam peti.
  • So far elok je kejadiannya. Berbulan-bulan tahan.
  • Tapi bila keluar buih-buih putih tu. Buang ya.. tu tanda kimchi tu rosak.
  • Bila saya cerita dengan orang Korea yang pernah saya jumpa, dia pun terkejut. Hahaha.. tapi dia kata asal ada orang beli dan suka. Teruskan je cara tu. Cuma pesannya, kimchi tak perlu dimasak.
  • Contoh, jangan pi masak cili atas api.. macam tulah maksud dia.

Huii.. panjang nih turunkan ilmu. Kalau tak cuba tak taulah.

About nettyahhiyer

Menulis kisah kehidupan. Ibu kepada 3 cahaya mata yang laka-laka; Mirza yadir, Zarif Ziyad dan Qaseh Zahirah.

View all posts by nettyahhiyer →

2 Comments on “Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *